Selasa, 13 Mei 2014

Kem Generasi Al-Quran

Tengah hari tadi, berakhirlah program Kem Generasi Al-Quran yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah ibu. Program ini bermula pada hari Ahad dengan disertai seramai 100 orang murid Tahun 6. Matlamat program ini adalah untuk memperkukuh kefahaman dan penghayatan murid-murid terhadap kandungan al-Quran. 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah Qiyamullail, bengkel Kaedah Menghafaz Al-Quran, kelas tajwid, dan dua slot ceramah yang masing-masing bertajuk "Keindahan Islam" dan "Keistimewaan surah Yasin".  

 Qiyamullail di Surau Al-Ghazali pada malam pertama

Kelas tajwid bersama Ustazah Siti Asmah pada hari kedua

 
 Ceramah bertajuk "Keindahan Islam" bersama Ustaz Abu Ubaidah 
pada malam kedua

Aktiviti bebas untuk para guru pada malam kedua, 
kenduri kambing golek 

Alhamdulillah, program berjalan lancar seperti yang dirancang. Moga murid-murid yang menyertai program ini dapat memanfaatkan segala ilmu yang dikutip sepanjang program ini berlangsung. 

Berakhir sudah satu lagi program sekolah. Insya-Allah, Jumaat ini akan menyusul program sambutan Hari Guru pula.





4 ulasan:

  1. salah satu cara memperkukuhkan akidah dan memperbetulkan akhlak.pgrm mcm ni yg harus diterapkan

    BalasPadam
  2. Memang best program sebegini. Sekurang-kurangnya dapat mengisi masa yang ada :)

    BalasPadam
  3. aktiviti yg sgt bermanfaat..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...suntikan ilmu agama yg seimbang utk genarasi muda....bagus sgt program mcm nie..sekurang2nya kita pn boleh tumpang2 skali dgn budak2...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA