Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru


  

Sekali lagi tarikh keramat 16 Mei disambut oleh semua warga pendidik di seluruh negara. Telah tersurat dan tersirat bahawa tugas guru adalah tugas mulia. Oleh itu, marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah memilih kita sebagai guru.

Hari Guru yang disambut setiap tahun sesungguhnya adalah satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Inilah cara yang terbaik untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

Sebagai guru, kita bertanggungjawab dalam membentuk tamadun manusia. Justeru, setiap daripada kita mestilah menyedari akan tanggungjawab ini serta sentiasa menjaga nama baik sebagai pendidik agar dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas.

Bersama-samalah kita menjadi insan yang berkualiti kerana “Quality teaching produces quality learning. Quality learning produces quality education. Finally quality education produces quality citizens.” Kita perlu ingat bahawa kualiti ibarat perjalanan, bukan destinasi; perjalanan yang tiada noktahnya. Quality has no ends: it is a journey, not a destination.

Moga kita tidak leka dengan sanjungan dan jangan cepat melenting dan beremosi dengan cercaan dan kritikan. Bersabarlah dan tangani segala cabaran dan pandangan liar terhadap profesion ini dengan profesional, bijaksana dan berintegriti.

Sesungguhnya, mendidik adalah tugas yang amat mulia dan tidak ternilai harganya. Marilah kita menterjemahkan tanggungjawab dan peranan ini dalam bentuk pelaksanaan tugas yang berkualiti demi melahirkan modal insan yang cemerlang. Moga kita diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus melaksanakan tugas mulia ini.

Selamat Hari Guru 






6 ulasan:

  1. slmt hari guru buat mrk yg bergelar cikgu :)

    BalasPadam
  2. selamat hari guru buat semua guru2...

    BalasPadam
  3. salam. selamat hari guru buat semua tenaga pengajar :)

    BalasPadam
  4. Selamat hari guru :)
    blog ini sangat mbantu saya. solat2 sunat bnyk sy refer sini. trima kasih.. besar pahala sis.. salam perkenalan yea - Effa

    Princess Diaries: Short Vacation di Penang!

    BalasPadam
  5. Selamat hari guru buat mereka yg bergelar guru

    BalasPadam
  6. selamat hari guru buat semua warga pendidik

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA