Rabu, 16 Julai 2014

CPUV 118 | Fashion Pitch / Writer Unleashed


Alhamdulillah. Semalam dapat satu lagi CPUV iaitu yang ke-5 bagi bulan Julai. Bermakna sekarang ada lima CPUV yang sedang on going. Moga kesemuanya dapat bertahan lama di sini. 


Fashion Pitch / Writer Unleashed

MyCreative Ventures Sdn Bhd sedang melancarkan Pertandingan MyCreative Writers Unleashed: Pencarian Manuskrip Terbaik. Pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan dan meraikan kreativiti penulis-penulis Malaysia. Hadiah wang tunai sehingga RM 12 500 ditawarkan untuk para pemenang. 5 pemenang manuskrip terbaik akan menerima RM2,000 beserta sijil penghargaan setiap seorang manakala 5 pemenang hadiah saguhati akan menerima RM500 beserta sijil penghargaan setiap seorang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Ogos 2014.
Pertandingan MyCreative Writers Unleashed: Pencarian Manuskrip Terbaik
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pertandingan, sila lawati laman web berikut:
MyCreative Sdn Bhd

MyCreative Ventures Sdn Bhd juga melancarkan Pertandingan Fesyen Picth II. Fesyen Pitch menyediakan ruang untuk  pereka fesyen muda, pengamal dan peminat fesyen untuk merealisasikan impian untuk memiliki label fesyen mereka sendiri. Finalis berpeluang mempersembahkan secara langsung di atas pentas dan berpeluang mendapatkan pinjaman perniagaan berjumlah RM2 juta dari MyCreative. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 27 Julai 2014.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan, sila layari laman web berikut:

Terima kasih Nuffnang dan MyCreative Ventures Sdn Bhd yang sudi beriklan di sini. Terima kasih juga kepada para pengunjung dan pembaca blog ini.


Ps: Terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi berkunjung dan meninggalkan komen. Maaf dipinta kerana sejak akhir-akhir ini ibu tidak berkesempatan untuk bw. Insya-Allah, ibu akan cuba mencari ruang untuk membalas komen² kalian.




6 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA