Ahad, 6 Julai 2014

Nostalgia Ramadhan

Sedar tak sedar dah 8 hari kita berada dalam bulan Ramadhan. Cepat benar masa berlalu. Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi nafas untuk berada dalam bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini. Moga terus diberi kesihatan yang baik untuk menyempurnakan ibadah sepanjang bulan mulia ini.

Kala ini, tiba² terkenang nostalgia Ramadhan zaman kanak² yang dah berlalu begitu lama. Zaman kanak² sudah pastinya zaman yang amat menyeronokkan. Masa tu hanya tahu bangun sahur, berpuasa siang harinya dan berbuka kala azan Maghrib berkumandang. Tak perlu nak saratkan kepala memikirkan apakah juadah yang perlu disediakan untuk berbuka.

Apa yang pasti anak² sekarang walaupun dah advance dengan segala macam teknologi canggih, namun mereka tidak mungkin akan dapat melalui apa yang pernah anak² zaman ibu lalui dulu. Walaupun ketika itu kami hidup dalam serba kekurangan namun keseronokannya terasa hingga kini.

Ibu kurang pasti bila ibu mula berpuasa penuh sepanjang Ramadhan. Mungkin waktu berumur enam atau tujuh tahun. Yang pasti sebelum bersekolah lagi kami adik-beradik dah dilatih berpuasa oleh emak dan ayah. Seperti kebiasaan anak² dari keluarga muslim lainnya, ibu sudah dilatih berpuasa sampai tengah hari, lalu meningkat sampai Asar, sebelum akhirnya boleh berpuasa full day.

Puasa bagi anak² kecil tentu saja berat. Tambahan pula pergi dan balik sekolah yang sejauh hampir 3 kilometer dengan berjalan kaki. Bayangkan bagaimana anak² sekolah rendah berjalan dalam cuaca panas terik sambil membimbit beg sekolah. Zaman tu beg sekolah dibimbit, bukan beg sandang seperti sekarang.
   
Beginilah rupa beg sekolah kami zaman 70-an. Terima kasih en. google yang menemukan ibu dengan gambar beg ini. Mesti ada yang gelak guling² membayangkan kami ke sekolah dengan beg macam ni. Sebenarnya, inilah trend waktu itu. Kembang hidung dapat bimbit beg ini ke sekolah.

Letih membimbit beg, kami junjung. Dapat juga jadi pelindung kepala daripada panas terik. Kalau tak sanggup melalui jalan yang panas terik, kami ikut jalan pintas. Lalu kawasan kampung dan dusun buah-buahan. Paling tak tahan ketika melalui rumah yang ada angsa. Jenuh memecut nak mengelak  disudu angsa² tu.

Nak sampai ke rumah memang penat gila, tapi itu tak menjadi masalah besar. Lepas rehat² sekejap, kami terus berlari ke sungai untuk menyegarkan tubuh. Nikmat sungguh dapat berendam dalam Sungai Pahang yang jernih dan sejuk airnya. Walaupun dipesan oleh emak berulang kali agar tidak berlama-lama di sungai tapi selalunya berjam-jam jugalah kami berendam. Selagi tak dengar suara mak memanggil kami dari tebing sungai, kami akan terus berendam. 

Inilah antara nostalgia Ramadhan yang akan terus terpahat dalam ingatan.




10 ulasan:

  1. perghh...vintage punya bag tuu

    BalasPadam
  2. sekarang ni..beg mcm tu mesti mahal dah :D..sejarah hee
    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/07/2-segmen-blogwalking-pink-lady.html

    BalasPadam
  3. indahkan kenangan masa kecil tu kak mie....tersenyum sendiri bila dikenang.

    BalasPadam
  4. Kenangan ramadahan akan selalu dikenang bila tiba puasa ramadhan.

    BalasPadam
  5. Hihi.. kakak rasa masa darjah satu kakak bawa beg macam ini cikgu.
    Memang kalau anak kita mesti ketawa punya..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum & Salam Perkenalan...
    Jom imarahkan Ramadhan dan join GA saya ni :
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    BalasPadam
  7. Assalam...

    Singgah dan follow dari blog kak mia :)

    BalasPadam
  8. raya dulu dulu lg best dr raya skrg...

    BalasPadam
  9. berbeza zaman dulu dengan sekarang ni..

    BalasPadam
  10. cerita yg lebih kurang sama dgn apa yg slalu mama dan abah crita..:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA