Ahad, 15 Januari 2012

Tambah Ilmu Lagi

LADAP-KSSR

Semalam sekolah ibu mengadakan kursus dalaman KSSR. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kini, ramai yang dah celik KSSR. Sebelum ni, guru-guru yang mengajar tahun 1 dan 2 sahaja yang diberi pendedahan tentang KSSR melalui kursus2 yang diadakan. 

Semasa temuduga tahun lepas ibu diasak dengan pelbagai soalan berkaitan KSSR ni. Alhamdulillah ibu dapat jawab sebab dah buat persediaan awal. Memang berasap habis.. (ada juga soalan yang kena ulang dua tiga kali baru boleh jawab.. hehe) Walaupun ibu tak mengajar tahun 1 dan 2, sebagai ketua panitia kena juga ambik tau. Tapi, ibu hanya tahu dari segi teorinya sahaja. 

Rupa-rupanya secara praktikal, memang kesian dengan guru-guru tahun 1 dan 2. Banyak sungguh kerja yang perlu dibuat.  Apa-apapun, tahniah buat mereka.. Teruskan khidmat kalian yang cemerlang tu.

 Setiausaha LADAP sedang mempengerusikan majlis

 
Para ustaz dan ustazah sedang mengikuti bengkel Penyediaan Rancangan Mengajar

Guru-guru Bahasa Inggeris begitu tekun menyediakan RM sambil dipantau oleh su LADAP

Inilah group ibu yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu.
Cer teka.. ibu yang mana satu? 
(hadiahnya.. penginapan di rumah sendiri.. hehe)


p/s:  Kepada rakan-rakan yang sudi menjengah ke blog ibu ni, silalah isi Mister Linky's Magikal Widgets yang ibu pasang di bahagian bawah blog ini. Terima kasih..



3 ulasan:

  1. yah terlibat 3 subjek KSSR ni k.mie..dh lama xajar Maths thn 1, kali ni trkena cz cikgu yg p kursus 2010 dh pindah..yah cuma p kursus DSV utk thn 1 dan 2....so kena sediakan mcm2 borg, evidents n mcm2....mmg byk kerja n rasa amat stress la.....

    BalasPadam
  2. Baru ikuti ladap hari tu dh terasa stressnya.. Kalau yang terlibat secara langsung macam Yah tentu lagi stress. Apa2 pun tahniah buat insan2 terpilih yg mengajar tahun 1 & 2..

    BalasPadam
  3. banyak pahala cikgu2 mendidik anak murid..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA