Isnin, 30 April 2012

17 Tahun Sudah..

Alhamdulillah, bertemu lagi 30 April. Hari ni, 17 tahun yang lalu, ibu dan ayah dianugerahkan seorang lagi permata hati; puteri ketiga yang terus menceriakan hidup kami.   Ude...


Ahad, 29 April 2012

Rezeki dan Tanggungjawab

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum, Tiada apa yang menarik nak ibu kongsikan malam ni, Cuma nak kongsikan rasa gembira dan syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang dilimpahkan buat ibu dan keluarga. Esok berakhirlah suku pertama tahun 2012. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai suka duka dah ibu alami. Sesetengahnya...


Sabtu, 28 April 2012

Hitam Menawan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semuanya sihat. Hari ni tentu masing-masing ambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berehat bersama keluarga. Ibu pun berehat di rumah je sepanjang hari ni. Sebenarnya bukan takde kerja.. Kertas ujian pengesanan tahun 6 belum habis ibu semak. Tapi, hari...


Lagi Kanak-kanak Diculik

Nayati Shamelin Moodliar Subuh-subuh tadi ibu dapat mesej daripada celcom. Tentu rakan-rakan lain juga terima mesej yang sama.  "A young boy Nayati Shamelin Moodliar  was kidnapped in a black Gen 2 @ jln Kiara,  near MontKiara Intl School.  If u hv info, pls call police999/0321159999.  TQ Malaysia!".  Memang ibu terkejut...


Khamis, 26 April 2012

Mengubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya.   Mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.  Bangun (beribadat ) di waktu malam.  Menghampirkan diri kepada Allah (beribadat)...


Rabu, 25 April 2012

Chicken Chop

Alhamdulillah, berpeluang lagi bersua di teratak maya ibu ni. Apa khabar semua? Mudah-mudahan dalam lindungan dan rahmat Ilahi hendaknya. Hari ni ibu nak kongsikan air tangan ibu beberapa hari lepas. Ibu buat chicken chop untuk melayan selera anak-anak.  Chicken Chop versi ibu Posing dulu sementara menunggu kentang siap digoreng.   CHICKEN...


Selasa, 24 April 2012

FRASER'S HILL GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Hari ni ibu join GA anjuran JeMaRi AsMaRa... Jika ingin turut serta, sila klik banner atau klik sini je. Tarikh tutup: 30 April 2012 Tempat menarik yang ibu cadangkan untuk Zefa sekeluarga lawati v v v  TAMAN NEGARA ...


Isnin, 23 April 2012

Selamat Hari Lahir, Along..

Alhamdulillah, ibu dipanjangkan usia untuk bertemu 23 April untuk ke sekian kalinya. Tarikh ini amat bererti dalam hidup ibu dan ayah. Hari ini tujuh belas tahun yang lalu, Along dianugerahkan buat kami berdua bermakna hari pertama juga kami bergelar ibu dan ayah.   Kehadiran Along menceriakan hidup banyak orang....


Ahad, 22 April 2012

Luahan Rasa..

Walau telah terlalu lama berlalu, kenangan itu masih segar dalam ingatan. Ketika itu ibu di tingkatan 2. Ibu agak rapat dengan seorang rakan walaupun bukan sekelas. Kami berbeza dari segi penampilan. Ibu dengan uniform pengawas; kemeja biru muda dan skirt putih separas lutut manakala rakan ibu tu bertelekung mini.    Lama-kelamaan hati ibu terpanggil...


Sabtu, 21 April 2012

Hujan Meteor Lyrid

Melanda Malaysia 21 dan 22 April Penduduk Malaysia dan seluruh dunia akan berpeluang melihat keindahan Hujan Meteor Lyrid yang dijangka menghiasi langit pada 21 dan 22 April ini. Ketiadaan bulan pada waktu malam akan memberikan kepuasan kepada korang untuk menyaksikan hujan meteor itu dengan lebih jelas.  Menurut pakar, waktu yang sesuai untuk...


Khamis, 19 April 2012

Kala Cinta Mula Bersemi

Wah, tajuk entry jiwang-jiwang hari ni! Ibu sakit ke? Atau demam tak kebah-kebah? Ye lah, tetiba je berbicara pasal cinta.   Sebenarnya, bukanlah cinta antara dua jiwa. Sekadar cinta terhadap minat baru ibu. Alah, minat yang ini.. Pernah ibu beli sebuah buku jahitan manik. Namun, dah dua tahun berlalu, buku tu masih tersimpan rapi dalam...


Rabu, 18 April 2012

Menjejaki Ilmu @ SK Paya Pulai

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Kelmarin, ibu menyertai lawatan penanda aras ke SK Paya Pulai, Temerloh. Sepuluh buah sekolah di daerah Jerantut terlibat dengan lawatan ini. Setiap sekolah diwakili oleh empat orang guru termasuk guru besar. Walau bagaimanapun sekolah ibu telah menghantar lima orang wakil.  Kami ke sana untuk...


Isnin, 16 April 2012

Sepetang di Tepian Kolam @ Felda Residense Tekam

Petang semalam ibu bawa anak-anak mandi-manda. Turut sama tiga orang adik ibu dengan anak masing-masing. Daerah ibu ni tidak berlaut. Jadi, kalau nak mandi-manda sekadar di air terjun atau kolam je.  Semalam kami ke sini… Tempat ni tak jauh; lebih kurang setengah jam perjalanan dari rumah ibu. Setengah jam tu bukan jalan kaki ye, jalan dengan...


Ahad, 15 April 2012

Bayi ditinggalkan atas bonet kereta

Masih bertali pusat MUAR – “Saya sangka ada orang hantar barang, tetapi terkejut apabila buka kotak ini terdapat satu beg hitam mengandungi seorang bayi perempuan yang sedang menangis dalam keadaan berpeluh,” kata Abd Rashid Sirat.  Bayi malang yang masih bertali pusat dan hanya dibalut dengan tuala dijumpai oleh Abd Rashid ditinggalkan dalam kotak polistren...


Seminggupun Berlalu

Pejam celik, pejam celik, hari ni berakhirlah cuti along selama seminggu. Pagi semalam ibu dan ayah hantar along ke stesen bas di Bandar Ikan Patin, Temerloh. Angah dan Ude ikut sekali manakala 2F macam biasa tak nak ikut. Masing-masing nak tinggal kat rumah nenek.  Ibu tau, sebenarnya Faiq sedih. Almaklum, dia amat rapat dengan along. Seminggu along...


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA