Isnin, 9 April 2012

...dan Bila Sakura Berguguran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lama juga rasanya ibu tak buat entry tentang minat ibu yang satu ni. Sebenarnya, selain padi dan mawar, sakura juga antara yang mekar di teratak ibu. Ibu sendiri tak pasti, apa yang membuatkan hati ibu tertawan dengan bunga sakura ni.

Walaupun sakura ni tidaklah secantik mawar (macam dua orang gadis pulak; Melayu vs Jepun.. hehe) tapi bila dah berguguran dan melekat kat pinggan mangkuk, banyak hati yang tertawan.

Untuk pengetahuan, ibu tak berkesempatan hunting pml di kedai-kedai apek macam orang lain. Semua koleksi sakura ni hasil buruan ibu di alam maya.

Alkisahnya, aladin ni adalah antara koleksi terawal ibu sejak jatuh cinta dengan bunga-bunga sakura. Aladin ni ibu dapat daripada Erien.

Teko mini ibu dapat daripada Bonnie Long manakala teko bulat pula daripada Erien juga. Selepas itu ibu dapat pula sepasang cawan mini daripada Nannie utk digandingkan dengan teko cinonet tu. 

Empat pasang cawan mulut lebar (ml) ini ibu dapat daripada Erien juga.

Baru-baru ni, koleksi ibu bertambah dengan kehadiran creamer jar yang cun tu. Creamer ni daripada Aina. Lepas itu, kaum kerabat yang lain muncul iaitu cake plate dan oval plate. Cake plate ibu dapat daripada CT Fatimah bersama 4 biji piring sos manakala oval plate daripada Alan Antik. Tapi sayang, semasa sesi fotografi, OP tu belum sampai. Sekarang, ibu dalam penantian tau.. Menanti kehadiran pinggan makannya pulak. Harap-harap semuanya selamat dalam perjalanan.

Setakat ni, hanya ini koleksi yang ibu ada. Ciput je jika dibandingkan dengan koleksi peminat tegar pml yang lain. Kalau berminat nak tengok koleksi sakura ni, boleh berkunjung ke teratak peminat tegar dan otai pml di sini, sini dan sini.


6 ulasan:

  1. Cantik le kak ibu salmi.... sweet je...mama minat juga cuma mama ni hehehe lebih kepada gadjet...

    BalasPadam
  2. hadoiiii..kak,saya pun sudah jatuh hati dengan koleksi cantik ini...teringin juga..hahaha.

    BalasPadam
  3. mmg cantik.wpun sy nie agak buta tentang pml,sy lagi suka sakura kot dr mawar.hehe..

    BalasPadam
  4. seindah bunga sakura..itu yg mampu diluahkan.....moga koleksi k.mie makin brtmbah + meriah.....

    BalasPadam
  5. salam kenal kak salmi..alahai sweet nya..fyzz suka sngt bunga sakura..mulus..merah jambu dn sejuk mata memandang..set kt atas nih pun sngt cantek..

    BalasPadam
  6. waa cantiknya Mie, kaler Sakura soft pink tu sangat cantik pada pinggan putih. Tak puas tengok set tu, sangat menawan kalernya.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA