Sabtu, 28 April 2012

Lagi Kanak-kanak Diculik

Nayati Shamelin Moodliar

Subuh-subuh tadi ibu dapat mesej daripada celcom. Tentu rakan-rakan lain juga terima mesej yang sama. 

"A young boy Nayati Shamelin Moodliar 
was kidnapped in a black Gen 2 @ jln Kiara, 
near MontKiara Intl School. 
If u hv info, pls call police999/0321159999. 
TQ Malaysia!". 

Memang ibu terkejut sebab semalam tak dengar apa-apapun pasal kejadian ini. Mungkin berita disiarkan di televisyen malam semalam tapi ibu je yang tak peka. Mana tidaknya, menonton sambil menjahit.. Lepas dapat mesej tu, ibu segera menggoogle utk cara maklumat. Rupa-rupanya memang ibu je yang ketinggalan. Banyak blog yang buat entry pasal penculikan tersebut.


Kanak-kanak 12 tahun diculik di Mont Kiara 

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda berusia 12 tahun diculik sekumpulan dua lelaki di hadapan sebuah sekolah di Mont Kiara, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa, Nayati Moodliar yang berada di hadapan sekolah berkenaan dilaporkan tiba-tiba di tarik seorang daripada suspek masuk ke dalam sebuah kereta jenis Proton Gen 2 berwarna hitam. Kejadian itu disaksikan seorang pengawal keselamatan sebelum memaklumkan keluarga mangsa.

Malah, rakaman CCTV di hadapan sekolah berkenaan turut merakamkan kejadian berkenaan - sumber

Ps: Ngerinya.. begitu mudah budak-budak diculik.. 



9 ulasan:

  1. saya pun dapat msj tu...saya ingatkan budak prmpuan, rupanya lelaki...betulkan kak..begitu mudah budak2 diculik skrang ni...takut nak lepaskan anak2 ke mana2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul MP.. Takut nak lepaskan anak2 ke mana2.. Kita pulak sentiasa dlm kebimbangan jika anak ke mana2 hatta ke sekolah sekalipun..

      Padam
  2. izan pun baru dpt mesej tu dari celcom sbb baru dpt online ni...

    makin byk pulak kes culik2 ni... moga budak tu selamat dan ditemui segera... mudah2an...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hingga hari ni tak dgr apa2 perkembangan pasal kes ni.. Harap2 budak tu selamat..

      Padam
  3. seram betul la dengan isu2 camni... merisaukan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Ogy.. anak2 dah tak bebas macam dulu..

      Padam
  4. sy pakai maxis tu yg tk terima mesej.tp dekat fb mmg byk cerita asalni.skang makin jadi2 plak kes culik nie kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah PK.. Sbg ibu bapa, kita sentiasa dlm kebimbangan..

      Padam
  5. risau sangat dengan berita mcm nie......malang xbrbau. Moga Allah jauhkan kluarga kita dr musibah sebegini....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA