Selasa, 5 Mac 2013

Berakhirnya Minggu Itu...

Alhamdulillah, semalam ibu kembali bersiaran setelah seminggu menyepikan diri. Bukan merajuk, jauh sekali berkecil hati. Diam ibu kerana menyempurnakan tugasan hakiki.

Minggu lepas terasa amat stress dengan segala macam tugasan. Semakan pendaftaran calon UPSR 2013 perlu dibuat segera. Disebabkan ibu pegang kelas ketiga, maka semakan perlu dibuat sendiri. Tidak boleh harapkan murid-murid kerana ada antara mereka yang mengeja nama sendiripun masih tidak betul.

Ibu juga membantu rakan-rakan memilih dan melatih wakil sekolah untuk kejohanan olahraga peringkat zon. Masa yang ada hanya seminggu. Hari Rabu kejohanan bermula. Faham-faham ajelah jika dah berada di tepi padang. Penat bersorak mengalahkan murid-murid yang mengambil bahagian.

Selesai acara olahraga, tugas lain dah sedia menanti. Sebagai ketua panitia ibu perlu menyelaraskan satu program yang diilhamkam oleh guru besar. Tugasan yang satu ini hampir-hampir buat ibu menangis. Sukarnya jika ada yang tidak memberikan kerjasama.

Dalam masa yang sama, persiapan untuk karnival koakademik peringkat daerah juga perlu dibuat. Sekali lagi kepala rasa berat semacam apabila murid yang dipilih masih belum hafal teks yang disediakan walaupun dah diberi masa selama seminggu.

Tidak pasti bagaimana keadaannya di daerah dan negeri-negeri lain, tapi beginilah keadaannya di sini. Segala macam pertandingan dibuat dalam masa terdekat malah ada ketikanya dua pertandingan sukan dibuat dalam hari yang sama.

P/s: Tiba-tiba rasa nak bersara..


12 ulasan:

  1. Cabaran yang memerlukan perhatian dan pengorbanan. Pastinya teruja bila apa yang dirancang membuahkan kejayaan nanti. :)

    BalasPadam
  2. itulah cabaran dlm kerjaya yg kdg2 membuatkan kita hampir berputus asa. semoga ibu tabah hadapi dugaan ini.

    BalasPadam
  3. Rasanya ada baca tajuk "pengurangan beban tugas guru".. tapi tak tahulah tahun bila tu. hehe.. bersabar ye Ibu.

    BalasPadam
  4. Menggalas tugasan yg bertimpa-timpa. Kakak nampak tanggungjawab cikgu sekarang memang mencabar. Macam-amcam aktiviti kena kejar dan laksanakan. Tapi kakak juga nampak kebanyakkan cikgu-cikgu dapat melaksanakannya dgn baik mengikut dateline. Kesian kan.. besar ganjaran itu yg pasti.

    BalasPadam
  5. Samalah kita Sal... kalau kerja dah melampau-lampau banyaknya... mulalah rasa nak bersara cepat.

    BalasPadam
  6. huuuu bizinye la ibu.. besar tanggungjwb seorng guru.. cayok2 ibu :)

    BalasPadam
  7. Kerja..kerja..ohhh..kerja....

    BalasPadam
  8. wah ni dah jadi All in One ni...haha...apa2 pun diharap Ibu dapat setelkan semuanya....:)

    BalasPadam
  9. lamanya kak mie menyepi...rindu nk baca n3..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA