Selasa, 26 Mac 2013

FM dari Hong Kong

Assalamualaikum dan salam ceria.

Sejak mendapat cenderahati pelbagai jenis fridge magnet (fm) daripada rakan blogger, minat ibu mengumpul fm turut bercambah. Sebelum ini jika berjalan ke mana-mana ibu hanya membeli cenderahati berupa key chain, namun kini ibu lebih gemar mendapatkan pelbagai jenis fm. 

Adik-adik yang sering bermesyuarat dan berkursus baik di dalam mahupun ke luar negara juga tidak lupa membelikan fm sebagai cenderahati. Memandangkan minat baru je bercambah, maka koleksi fm ibu tidaklah sebanyak mana.

Hari ini ibu nak berkongsi 2 keping fm dari Hong Kong. Fm ini adalah cenderahati daripada adik ibu yang ke Hong Kong atas urusan kerja.

FM 3D dari Hong Kong


16 ulasan:

  1. bestnya!!
    saya pun jadi minat kumpul FM.
    tahniah ibu. murah rezeki :)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ibu, sheila pun suka FM ni. comel sangat! heee. kat umah baru kumpul 2. itupun hadiah drpd org, nak beli sndri tak menyempat aje. heheheh

    BalasPadam
  3. Saya pun suka kumpul FM. sayangya ms pergi Hong Kong, Filipina, lupa nak beli FM. Huhu..

    BalasPadam
  4. Cantik FM belah kiri tue! :)Arol dulu pun suka kumpul FM jugak. Lekat kat peti ais tapi bila ada budak2 kecik datang rumah, dorang suka buat main dan pecah. Pastue terus malas nak kumpul lagi. :D

    BalasPadam
  5. Wahhh..... Agaknya dah berapa banyak dah ye..

    BalasPadam
  6. wah skrg kak mie pn berkongsi minat dengan yah.....

    BalasPadam
  7. wah bestnya. saya pun baru je start hobi kumpul FM ni.hehe tapi koleksinya baru sedikit.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah seronoknya kak, cantik plak tu :)

    BalasPadam
  9. Cantik-cantik...

    Salam tahniah untuk anakanda atas keputusan SPMnya....

    BalasPadam
  10. cantik... ^_^

    ibu!! lamanya sy tak singgah ke blog ibu... header ibu pun dah bertukar... nampak sweet sangat... >_<

    BalasPadam
  11. Ibu sama macam mak saya. Suka kumpul FM. Sampai dah penuh dekat peti sejuk bahagian atas. Hee :)

    BalasPadam
  12. bestnya .. yana belum minat lg kumpul FM. sbb blom prnh dpt hadiah FM ... kikiki

    BalasPadam
  13. wah menarik...yg gambar kapal tu best...

    BalasPadam
  14. bes ek kumpul fm banyak2 lg dr oversea :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA