Isnin, 18 Mac 2013

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diketahui mulai 20 Mac 2013, Insyaallah. Tentu ramai yang menanti dalam debaran di luar sana. Moga kejayaan menjadi milik kalian.

Kepada yang berminat untuk menjadi guru, sila ambil perhatian. 

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). 

CARA MEMOHON:
  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013. 
  2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. 
  3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja. 
  4. Permohonan boleh dikemas kini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan. 
  5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 MAC 2013 (11.59 MALAM)


5 ulasan:

  1. BK boleh apply ke walau bukan dri bidang perguruan?

    BalasPadam
  2. good luck kepada semua yg nak mohon PISMP ni...:)

    BalasPadam
  3. lpsan stpm boleh ambik ke...?

    BalasPadam
  4. Akk dulu apply tp x dapat. Kalau x jd cikgu dah la ni. Tp jd cikgu skrg ni pun mcm2 prob.

    BalasPadam
  5. TQSM 4 sharing....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA