Isnin, 25 Mac 2013

Selamat Hari Polis ke-206

Assalamualaikum dan Salam Ceria.

Hari ini 25 Mac, 2013 merupakan hari polis yang ke 206. Selamat Hari Polis diucapkan kepada semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tiba-tiba teringat akan anggota keselamatan kita yang masih berada di Sabah. Jika sebelum ini sambutan hari polis kurang diendahkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia, namun selepas apa yang berlaku di Lahad Datu, rakyat lebih membuka mata dan menghargai jasa pasukan polis.  

Al-Fatihah buat perwira yang terkorban di Lahad Datu; ASP Zulkifli Mamat, Sarjan Sabarudin Daud, ACP Ibrahim Lebar, Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Mejar Bahrin Hamid, Sarjan Mejar Abdul Aziz Sarikun dan Sarjan Salam Togiran. Tidak dilupakan penghargaan buat DSP Michael Padel.

Ps: Terima kasih, jasa dan bakti kalian amat kami sanjungi.


1 ulasan:

  1. selamat hari polis kepada semua anggota polis kita....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA