Khamis, 4 April 2013

Alhamdulillah, Rezeki Kami Lagi..

Hari ini ibu ingin berkongsi satu lagi khabar gembira. Alhamdulillah, sekolah ibu berjaya lagi kali ini. Perkara ini telah dimaklumkan oleh guru besar beberapa hari lepas. 

Kali ini sekolah kami bersama tiga buah sekolah lain terpilih menerima Pensijilan Khas Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar peringkat kebangsaan bagi kategori sekolah rendah. Menurut guru besar, tiga buah sekolah lagi adalah dari Sarawak, Sabah dan Johor.

Terdapat empat kategori Pensijilan Khas bagi sekolah rendah iaitu Pengurusan dan Perancangan, Penghijauan, Jaringan Kitar Semula dan Pembudayaan Hidup Lestari dalam Kalangan Warga Sekolah. 

Antara empat buah sekolah ini pula, sebuah sekolah yang mendapat markah tertinggi akan menerima Anugerah Sekolah Lestari 2011/2012 Kategori Sekolah Rendah. Kategori mana yang kami ungguli dan sekolah mana yang berjaya menerima Anugerah Sekolah Lestari masih belum diketahui. Semuanya akan terjawab dalam satu majlis khas yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Isnin lepas, ibu telahpun berbicara tentang kejayaan sekolah kami dalam entri Rezeki Kali Ketiga. Sekali lagi, tahniah buat semua warga Sekolah Kebangsaan Temin, Jerantut. "The More You Do. The More You Get"




Ps: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar ini, bolehlah ke sini.


6 ulasan:

  1. wah tahniah kpd SK Temin....

    BalasPadam
  2. tahniah kpd pihak sekolah.tahniah juga kpd guru2 n para pelajar yang berganding bahu.seronok bila baca tentang kejayaan sekolah2 ni....kerana mempunyai guru yang berdedikasi....salam perkenalan...

    BalasPadam
  3. Salam manis dan salam tahniah buat Ibu Salmi..

    Rezeki Allah Taala Dia bagi...alhamdulillah.. :D

    BalasPadam
  4. Salam

    Tahniah♥ sekolah yang hebat pastinya didukungi oleh barisan guru2 da warganya yg hebat..Justeru anak2 didiknya pasti lahir sbg insan yg hebat..

    Tahniah buat SK Temin

    BalasPadam
  5. Tahniah buat SK Temin! :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA