Assalamualaikum dan salam ceria.
Tentu bosan kalau orang asyik minta maaf. Betul tak? Tapi hari ini ibu ingin minta maaf sekali lagi. Maaf kerana tidak sempat balas kunjungan teman-teman yang singgah di sini. Maaf juga ibu pohon kerana tidak sempat balas setiap komen kalian.

Tentu lebih bosan kalau orang asyik beri alasan sibuk. Tapi memang itulah alasan ibu lagi dan lagi dan lagi. Sepanjang minggu lepas ibu amat sibuk. Isnin hingga Jumaat seperti biasa, menjalankan tugasan hakiki; mengajar. Bermula petang Jumaat hingga Ahad pula Mengiringi Anak Didik ke Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang di Temerloh. Keputusan penuh Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang ada di sini.
Walaupun dua orang wakil dari sekolah ibu tidak berjaya dalam karnival tersebut namun banyak ilmu dan pengalaman yang kami kutip. Penyertaan di karnival bahasa ini telah membuka mata ibu bahawa sebenarnya memang ada segelintir manusia yang sukar berkongsi ilmu dengan orang lain.
Minggu ini sibuk lagi dengan persiapan untuk program Minggu Antidadah dan Karnival Doktor Muda peringkat daerah selain menyemak kertas peperiksaan bagi ujian pengesanan tahun enam. Huh, memang semput dibuatnya! Untuk program Minggu Antidadah, ibu ditugaskan mengendalikan pertandingan syarahan. Jadi, sekali lagi terpaksa memerah otak yang dah berkarat ini untuk menyediakan beberapa teks syarahan.
Moga program ini yang akan berlangsung pada petang Rabu minggu depan berjalan lancar. Amiin...
Ps: Ini adalah catatan dalam perjalanan. Doakan perjalanan ibu sekeluarga selamat ya...

goodluck ibu..
BalasPadamibu, maaf mu diterima hehe.nanti jangan lupa coretkan lagi disini ttg pengalaman ibu ya...understood! tugas n tgjwb guru mmg lebih daripada yang disangkakan
BalasPadamDalam perjalanan kemana ni Sal? Semoga selamat sampai ke destinasi yg di tuju...
BalasPadammemang sibuk skrang ni kan...samalah kita..macam2 yg hendak dibuat..
BalasPadamSemoga apa yg dirancngkan berjalan dgn lancar....
Akak nak ke mana ya...??? semoga selamat sampai ke tempat yg dituju...