Khamis, 4 April 2013

Terung Pipit


Terung pipit atau Solanum torvum
[kredit foto: sini]

Kita amat bertuah kerana dianugerahkan pelbagai jenis tumbuhan yang bukan sahaja enak dimakan tetapi juga memiliki khasiat semula jadi yang baik untuk kesihatan. Ada antara tumbuhan-tumbuhan ini telahpun menjadi amalan pemakanan kita, namun tidak kita ketahui khasiatnya. Salah satu daripadanya ialah terung pipit.

Terung pipit atau Solanum torvum dikenali juga sebagai terung rembang merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain, namun ada juga yang menanamnya secara kecil-kecilan. Biasanya terung pipit muda dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Sambal tumis terung pipit dengan ikan bilis juga amat digemari dalam kalangan masyarakat kita.

Di daerah kelahiran ibu ini, terung pipit dikenali sebagai terung manggul. Terung manggul digunakan dalam pelbagai jenis masakan bersama sayur-sayuran lain. Antaranya, sebagai bahan dalam sayur rampai tempoyak dan sayur rampai asam rom

Setiap 100 g terung pipit mengandungi:
  • air - 89 g
  • protein - 2 g
  • lemak - 0.1 g
  • karbohidrat - 8 g
  • serat - 1.0 g
  • kalsium - 50 mg
  • fosforus - 30 mg
  • ferum - 2 mg
  • vitamin A - 750 I.U.
  • vitamin B1 - 0.08 mg
  • vitamin C - 80 mg
[sumber]

Khasiat Terung Pipit
  • Merawat buasir - daunnya dijadikan pes dan losyen. 
  • Penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga - tumbuk buahnya hingga lumat, ambil cecair yang keluar lalu disapu pada tempat sengatan.
  • mengubati retak kulit pada kaki atau bengkak - akarnya ditumbuk lumat lalu ditampal pada bahagian yang bermasalah. Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah di tempat yang bengkak. 
  • Merawat demam panas, sawan dan pitam - minum air rebusan akarnya.
  • Mencuci darah - minum air rebusan akarnya.
  • Melegakan sakit perut - makan buahnya atau minum air rebusan buahnya. 

Ps: Jika ada khasiat-khasiat lain, bolehlah dikongsikan di sini.


12 ulasan:

  1. Assalamualaikum ibu, mak sheila suka makan ni. hehehe. dah lama sheila tak makan ulam2 camni. heee sedap gila cecah sambal belacan :)

    BalasPadam
  2. Antara sayuran kampung yg saya tak berapa berkenan tapi anak saya suka so kalau jumpa kat pasar sekali-sekala saya masak juga buat sambal ikan bilis.

    BalasPadam
  3. AJ tak reti makan...
    Tapi mak dengan abah AJ suka terung pipit ni..
    Buat sambal ikan bilis kan..... =D

    BalasPadam
  4. Arwah mak saya dulu suka masak terung ni dengan sayur pucuk paku... buat masak lemak cili api. Tapi saya tak makan Sal, sebab tak suka rasa dan baunya. Saya dah cuba makan tapi setiap kali bila saya kunyah tekak tak boleh nak telan...

    BalasPadam
  5. sedap ke ibu??rasa mcm terung bese ke?

    http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/04/andai-aku-bisa-menggantikan-kesakitan.html

    BalasPadam
  6. masak kt kg dulu inilah ulam kegemaran yah ttp mesti dicelur baru sedap....cicah budu + sambal tempoyak...sdp sgt2....

    BalasPadam
  7. Ya allah ibu,deena mmg gemar ulam..mmg sedap mkn ni dgn budu,belacan..

    BalasPadam
  8. faveret saya ni.....ada dlm resepi my way of cooking blog saya. Sedap terung ni!

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama04 April, 2013

    js tak suka plak tp kan nenek2 js dulu2 suka mkn rebus dan cicah budu...hihi

    BalasPadam
  10. Masa kat Sarawak dulu, banyak dijual kat Pasar Satok, kawan ummi ajar masak berlada, sebelum tu ketuk2 dulu terung tu baru best rasanya.

    BalasPadam
  11. Terung pipit. Mak selalu masak dengan sambal, semua orang suka makan kecuali Arol. Hahaha. Tak berapa minat terung pipit nie. :D

    BalasPadam
  12. saya suka terung pipit nie buat ulam...hihihi

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA