Jumaat, 19 April 2013

Minggu Antidadah Berakhir Sudah


Assalamualaikum dan salam ceria.

Berakhir sudah Minggu Antidadah peringkat sekolah ibu. Majlis perasmian penutup telah dilsempurnakan oleh Encik Muhammad Faiz bin Mahayudin, Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah PPD Jerantut, semalam.  

Nama saja Minggu Antidadah, sebenarnya program berjalan lebih daripada seminggu. Banyak program yang dijalankan sepanjang minggu tersebut seperti kuiz untuk murid dan guru, pertandingan mendeklamasikan sajak, pertandingan syarahan, pertandingan melukis poster, dan pertandingan mewarna. 

Encik Faiz menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sebelum itu, diadakan ceramah antidadah oleh pegawai dari Agensi Antidadah Kebangsaan cawangan Jerantut.

Moga matlamat Minggu Antidadah untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri murid tentang bahaya dadah /rokok akan tercapai.


6 ulasan:

  1. Harap banyak manafaatnya kepada pelajar, sehingga betul2 bencikan dadah. Tahniah atas usaha semua pihak.

    BalasPadam
  2. semoga dpt memberi info yg berguna kpd ank didik sis..

    BalasPadam
  3. sekolah yah dh buat bln lepas......program rutin setiap thn....

    BalasPadam
  4. wahhh.. ingat lagi masa sekolah rendah mia masuk pertandingan lukisan untuk anti-dadah peringkat daerah. dapat hadiah. tapi tak ingat tempat ke berapa...

    BalasPadam
  5. byk aktiviti nye tu....tu yg best zaman sekolah2 ni...hehe

    BalasPadam
  6. Tahniah Dan Syabas Buat Warga SMK Temin telah menyempurnakan majlis sambutan Minggu antidadah dengan cemerlang!!

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA