Selasa, 9 April 2013

Cemerlang di MTQ Daerah Jerantut

Khamis minggu lepas, empat orang murid sekolah ibu telah mewakili zon ke Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat daerah Jerantut yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Damak. Mereka menyertai pertandingan Tulisan Jawi, Tilawah al-Quran dan Hafaz al-Quran.

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada keempat-empat mereka yang telah membuktikan kecemerlangan dengan menjadi johan dalam semua pertandingan yang disertai.

Alia Zainina, Nurun Najibah, Nur Aisyah Solehah dan Muhammad Fariz Izzuddin. 

  • Alia Zainina - johan Tulisan Jawi
  • Nurun Najibah - johan Tilawah al-Quran
  • Nur Aisyah Solehah - johan Hafaz al-Quran (perempuan)
  • Muhammad Fariz Izzuddin - johan Hafaz al-Quran (lelaki)

Mereka adalah antara lapan orang peserta yang akan mewakili daerah Jerantut ke Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat negeri Pahang yang akan berlangsung pada bulan Mei. Tahniah buat mereka. Tahniah juga buat guru-guru yang bertungkus-lumus melatih mereka serta tidak ketinggalan ibu bapa yang turut memberikan sokongan.

Ps: Kejayaan di peringkat zon telah ibu ceritakan dalam entri Rezeki Kami Lagi...


10 ulasan:

  1. saya datang mengunjungi blog anda, dan tidak lupa pula join,

    di tunggu join baliknya.

    http://karyakuringharatis.blogspot.com/2013/03/kue-kamir.html

    BalasPadam
  2. entri ini membuatkan saya merindui semula zaman sewaktu saya aktif dalam MTQ (hafazan) suatu ketika dahulu..

    ~tahniah buat mereka semua ^_^

    BalasPadam
  3. tahniah buat anak didik sis...

    BalasPadam
  4. Tahniah buat anak2 murid kak ibu....

    BalasPadam
  5. tahniah utk mereka semua ye kak mie...

    BalasPadam
  6. tahniah buat mereka, bertuah mereka kan. sejuk perut Mak dan tahniah buat guru mereka. :)

    BalasPadam
  7. TAHNIAH!!!! kak mie n the geng mmg hebat.

    BalasPadam
  8. tahniah..tahniah buat mereka semua,semua muka nampak baik2, sejuk perut ibu. Tahniah buat guru2 juga.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA