Isnin, 15 April 2013

Terengganu, Kami Datang lagi


 
[sumber]

Nampaknya Terengganu telah menjadi rumah kedua kami.Tiga minggu lepas kami bercuti Dua Hari di Kuala Terengganu, sempena cuti sekolah sambil menjenguk Along dan Angah. Kelmarin, cuti pertengahan semester Along selama seminggu telahpun berakhir. Cuti semester Angah pula baru bermula. Jadi, kami ke sini lagi dengan dua tujuan; menghantar Along dan mengambil Angah. 

Dari Jerantut kami singgah di Dungun untuk mengambil Angah. Kemudian, kami terus ke Kuala Terengganu untuk menghantar Along. Hujan turun sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Dungun dan dari Dungun ke Kuala Terengganu, berbeza dengan cuaca panas terik semasa kami ke sini sebelum ini.

Petang semalam kami bertolak pulang dan singgah di Dungun untuk mengambil barang-barang Angah. Semester depan Angah akan berpindah ke kampus baru di Bukit Besi. Jadi, kali ini Angah terpaksa bawa balik ke semua barangnya.

Jun nanti Angah akan memulakan semester baru. Insyaallah, Ude juga akan menyambung pelajaran pada bulan yang sama. Seorang demi seorang anak mula meninggalkan kami. Mengenangkan saat itu, hati mula sedih dan sayu.

 


7 ulasan:

  1. assalam,

    bunda dah mengalami dah situasi dan perasaan yg sama lepas sorang..sorang anak2 keluar melanjutkan pelajaran..

    bila difikir2kan yg anak2 keluar untuk menuntut ilmu maka terubat juga hati tu..

    BalasPadam
  2. bila anak dh besar.sorg2 keluar dr rumah utk belajar..pastu kawen plak.sunyi la rumah kan.situasi ni akan lebih dirasai oleh org yg tak ramai anak..macam sy nanti.hehe..

    BalasPadam
  3. lepas habis study meke akan keje, kawin dan ada family sendiri..moga mereka berjaya dunia akhirat..amin :)

    BalasPadam
  4. Anak2 semua belajar sana yek..
    Mesti expert jln2 di Trengganu

    BalasPadam
  5. Dulu ummi mengajar kat Dungun, lama jugak,
    kalau ummi masih di Dungun tentu kita dapat jumpa kan.

    BalasPadam
  6. sedihkan bila melihat satu prsatu ank2 meninggalkan kita...tapi apakan daya, begitulah nasib kita yg lahirkan anak2 jrk sethn seorg......huhuhu.......

    BalasPadam
  7. hhmmm tu la, mesti rasa mcm cepat je masa berjalan...sedar2 je, anak2 dah dewasa...huhu

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA