Isnin, 1 April 2013

Rezeki Kali Ketiga. Alhamdulillah..

Salam bahagia buat semua.

Alhamdulillah, dapat juga ibu berbicara di sini, hari ini. Ibu ingin berkongsi satu berita gembira. Cerita basi sebenarnya, namun tetap ingin diabadikan di sini. 

Sebelum cuti sekolah, ibu dan rakan-rakan warga Sekolah Kebangsaan Temin telah dimaklumkan tentang kejayaan sekolah menerima Anugerah Tawaran Baru/New Deal 2012. Ini adalah anugerah kali ketiga berturut-turut yang kami terima sejak mula diperkenalkan pada tahun 2010. Alhamdulillah. 

Guru besar telahpun menerima anugerah tersebut dalam satu majlis yang diadakan di Bangi, Selangor pada 20 Mac 2013 yang lepas. Difahamkan majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Seramai 31 orang guru besar telah berjaya menerima Anugerah Tawaran Baru 2012 ini berbanding 21 orang pada tahun 2011. Beberapa buah sekolah merupakan penerima kali ketiga seperti sekolah ibu juga. Setiap guru besar menerima intensif berjumlah RM7,500.00. Lima peratus daripada jumlah guru di sekolah pula menerima RM1,800.00 dan selebihnya akan menerima RM900.00 setiap orang. Semua anggota pelaksana pula menerima RM500.00 seorang.

Inisiatif Tawaran Baru Guru Besar yang dilaksanakan di bawah NKRA ini merupakan sebahagian daripada transformasi kerajaan bagi mengangkat keterbilangan pengurusan sekolah dan menghargai mereka serta warga sekolah yang turut memberi sumbangan kepada kejayaan sekolah masing-masing. Sesungguhnya, kejayaan pendidikan adalah kunci kepada kejayaan negara. 

Tahniah buat semua warga Sekolah Kebangsaan Temin, Jerantut.


16 ulasan:

  1. tahniah buat guru2 & pelajar..

    BalasPadam
  2. congrats...atas kejayaan yg dimiliki..

    BalasPadam
  3. tahniah kak Salmi,syukur alhamdulillah :)

    BalasPadam
  4. tahniah buat sekolah kebangsaan temin dan para cikgu2 juga

    BalasPadam
  5. tahniah buat semua warga sekolah ibu... ^_^

    BalasPadam
  6. wah bestnya...tahniah buat sekolah ibu.... :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..
    Tahniah ibu...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA