Isnin, 1 April 2013

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar

 

Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama antara Kementerian Pelajaran, Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005. 

Definisi Sekolah Lestari 

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

Definisi Pendidikan Alam Sekitar

“pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar”.

Objektif
  • Memupuk nilai murni alam sekitar dalam kalangan warga sekolah;
  • Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;
  • Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan;
  • Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar; dan
  • Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
Konsep
  • Pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swastadan badan bukan kerajaan
  • Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan sekolah.
Komponen
  • Pengurusan
  • Kurikulum
  • Kokurikulum
  • Penghijauan
Penilaian
  • Peringkat Negeri: wakil JAS Negeri, JPN dan NGO/PBT
  • Peringkat Kebangsaan: wakil NGO Alam Sekitar, KPM dan LESTARI/JAS

Pensijilan dan Penganugerahan

1.  Pensijilan Peringkat Negeri
  • Kategori Gangsa - Dikategorikan LAYAK oleh Panel Penilai Negeri
  • Kategori Perak - Hadiah untuk sekolah dengan markah keseluruhan tertinggi di peringkat negeri
2.  Penganugerahan Peringkat Kebangsaan
  • Kategori Emas - Hadiah untuk sekolah dengan markah keseluruhan tertinggi di peringkat kebangsaan
Sumber: sini

4 ulasan:

  1. assalam, dah lama tak singgah sini..

    BalasPadam
  2. Bagus tau program ni.....
    Masa sekolah dulu, sebok masing2 tanam2 pokok lah.....
    Best sangat...

    BalasPadam
  3. sekolah dulu ada jugak program sebegini tapi tak lah detail macam ni huhu

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama29 Mac, 2016

    Bagus kalau mcm ni

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA