Isnin, 19 Mei 2014

Si Bujang dan Peperiksaan

Sekolah agama Faiq dah mula periksa Isnin minggu lepas. Periksa Isnin, hari Selasa, cuti Hol bagi negeri Pahang. Hari Rabu pulak Kokurikulum, sambung periksa semula hari Khamis, manakala hari Jumaat sambutan hari guru. Bermakna minggu lepas hanya dua hari murid sekolah agama periksa. Minggu ini sambung lagi 2 hari, Isnin dan Selasa.

Hari ini juga bermulanya peperiksaan Pertengahan Tahun bagi sekolah kebangsaan. Jadi, bermula minggu lepas adalah hari ibu dan Faiq berperang. Bukan senang ok nak ajar anak sendiri. Ada tika dan saatnya ibu rasa lebih mudah ajar anak murid sekelas. Huhu..

Si bujang ni jenis slow and steady. Jadi peluang untuk ibu jadi mak nenek amatlah cerah. Tengah ulang kaji boleh berhenti makan roti lepas tu makan biskut. Pantang lepa (eh, tau maksud lepa tak?) pi main dengan kucing. Bila dipanggil, sambung buat kerja tapi sekejap je. Lepas tu hilang balik. Bagi ikan makan sampai buncit ikan-ikan dalam akuarium.

Kalau bagi soalan latihan ulang kaji, terutama matematik, kadang-kadang bukan dia yang jawab, ibu yang jawab. Huhu.. macam ibu pulak yang nak exam. Aduhai la anak!

Hari ni kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Penulisan, Matematik Kertas 2 dan Pendidikan Jasmani. Semasa berjalan ke kereta selepas tamat persekolahan hari ini kami sempat berbual pasal exam. Yang tak boleh tahan bila Faiq bertanya, "Ibu, mengapa cikgu buat soalan matematik senang sangat?" Huhu.. Terkedu ibu mendengarnya. "Boleh betul semua ke?" tanya ibu. "Boleh," jawapan yang amat menyakinkan daripada Faiq. Alhamdulillah, moga benarlah apa yang dikata.

Moga keputusan peperiksaan Faiq meningkat lagi kali ini. Ibu sentiasa mendoakan kejayaan Faiq dan anak-anak ibu yang lain.

Ps: Kepada ibu bapa di luar sana, selain membimbing dan mengajar anak-anak, mari amalkan Doa Ketika Anak Menghadapi Peperiksaan. Moga anak-anak kita cemerlang di dunia dan akhirat. Aamiin.




5 ulasan:

  1. selamat berjaya untuk faiq :)

    BalasPadam
  2. Sama la anak2 kita. Moga mereka berjaya cemerlang...
    sedih sebab aida x dpt ada d rumah. Kursus di sarawak. Sian anak2 dara berdua :-( sendirian berhad. Mr asben busy dgn baby...

    BalasPadam
  3. hehehe..yg besar pon macam tuh..:p
    sgt susah nak fokus untuk kadar masa yg lama..

    klik nuffy samsung..

    BalasPadam
  4. sikap faiq sama dgn farouk.....huhuhu,...belajar cpt hilang fokus.... alahai mmg kena byk bersabar dgn dia...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA