Jumaat, 19 April 2013

SAPS: Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online

Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak keputusan peperiksaan anak secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). 

Untuk melihat slip keputusan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
  • Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  • Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan pilih Tahun peperiksaan.
  • Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan berikut. 
  • Pilih Jenis Peperiksaan yang ingin disemak samada Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun.
  • Klik Papar Slip Keputusan untuk melihat analisa markah. Untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Ps: Moga SAPS dapat membantu ibu bapa memantau perkembangan pembelajaran anak masing-masing.



17 ulasan:

  1. bagus ni... rajin kak salmi share di blog.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama20 Mei, 2013

    bagus tetapi saya cuba buka anak saya keputusan peperiksaan
    tetapi gagal remark yang keluar no i/c tiada dalam pengkalan data mana silapnya saya pun tidak tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama04 Jun, 2013

      cuba la lagi .jangan putus asa mungkin cikgu belum masukkan lagi agaknya.

      Padam
    2. Tanpa Nama04 Jun, 2013

      Buat masa ini SAPS ditutup utk diselenggara hingga 9 Jun 2013. Sekiranya remark dr sistem menyatakan no i/c tiada dalam pengkalan data ada kemungkinan no i/c atau no surat beranak salah dalam sistem APDM. SAPS import data dr APDM. Sila berhubung dgn guru kelas.

      Padam
  3. Tanpa Nama22 Mei, 2013

    Kadang2 guru letak nombor surat beranak pelajar..
    Ade dibagian bwh... bermula dgn 2huruf diikuti nombor... taip semua... cth: AP123456

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama10 Jun, 2013

    best lah ada S.A.P.S nie....

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama10 Jun, 2013

    Semua diminta bertenang. Kita tak tahu apa terjadi di bhgn KPM..maybe server rosak ke..sistem kena virus ke..ada hacker ke...atau masalah teknikal..Kami guru2 pun tertekan krn takdpt nk mengisi markah murid, malah bila sistem dah elok..bakal jam lah sebab berpuluh ribu guru nk login sbb nk keyin markah. Jadi buat smntara ni dicadangkan ibu bapa berhubung dgn guru ttg markah anak, atau minta kertas soalan yg siap ditanda guru utk tahu markah anak.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama11 Jun, 2013

    byk betul rungutan dan rintihan tentang saps ni... sistem ni kalau betul2 dilaksanakan memang bagus.. tapi yg menyusahkan bila time kemuncak guru2 nak key in markah, time tu la sistem nak dislenggara. masa dalam tempoh bertenang tak nak plak pihak yg berkenaan buat selenggaraan. nanti bila bukak memang jem la server nih. masa tu diorg cakap la yg cikgu2 suka buat kerja last minit...ibu bapa yg celik IT ni pun tentu tak sabar nak tgk markah anak2 diorg.... sabar jer la wahai para guru dan ibu bapa

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama11 Jun, 2013

    PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) DAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
    10 June 2013
    Dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) akan ditutup sementara kepada SEMUA PENGGUNA mulai Jumaat 31 Mei 2013 sehingga 12 Jun 2013 untuk kerja-kerja penyelenggaraan teknikal. Sebarang kesulitan amat dikesali.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama11 Jun, 2013

    saya sup & saya mmg dah ttpkan cgu cgi kena mskkan mrkh sblm cuti sbb x nak nyusahkn diri sndri. jd bila org bising2 psl saps saya x heran pun, hehehe....

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama11 Jun, 2013

    Sekolah saya buat periksa minggu akhir sebelum cuti.... hari last pun ada paper lagi. Masa cuti la nak periksa kertas. 4 kelas ada 123 pelajar..... bila dah siap sistem pulak down.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama14 Jun, 2013

    YA ALLAH...kami hambaMu memohon agar permudahkan urusan kami warga pendidik untuk memasukkan markah SAPS....Tolonglah Engkau pulihkan sistem SAPS agar semua urusan lancar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa.

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama20 Jun, 2013

    sy berharap SAPS dapat berjalan ngan lancar......

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama05 Julai, 2013

    Sy harap SAPS dpt digunajan oleh ibubapa dgn segera.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama29 Julai, 2013

    Assalam mualaikum, Sistem SAPS masih tak dapat guna lagi ke sebab dah banyak kali saya masukkan no IC dan surat beranak anak masih tak dapat check.

    BalasPadam
  14. Bagus sistem SAPS ini memudahkan ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Boleh juga guna applikasi SAPS android

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA