Selasa, 2 April 2013

Tema Hari Guru 2013 - Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Sekejap benar masa berlalu. Kini kita dahpun berada di bulan April. Hanya sebulan lebih sahaja lagi para pendidik akan menyambut Hari Guru. Petang semalam ibu ke portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia lalu terpandang pemberitahuan tentang tema Hari Guru tahun 2013. 


Tema yang telah dipilih adalah Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda. Mari kita lihat huraian tema tersebut.

  
Huraian Tema Hari Guru 2013

Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda


Huraian 1Aspirasi:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1Aspirasi juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi. 


Huraian 1Agenda:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Sumber: sini


10 ulasan:

  1. selamat hari guru in advance!! ^^

    BalasPadam
  2. Simple dan bermakna tema tahun ni ye..

    BalasPadam
  3. simple t penuh makna..:)

    BalasPadam
  4. ha ahlah ibu...tak lama lagi hari guru...selamat hari guru in advance ibu! ^_^

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum ibu, bestnya. tak lama lagi tu. menunggu :)

    BalasPadam
  6. pejam celik pejam celik dh nak dekat hr gurukan.......

    BalasPadam
  7. Saya sgt kagum dgn semua guru2..terutama yg dh didik sy hingga ke tahap ini..alhamdulillah..selamat hari guru ibu

    BalasPadam
  8. masih lagi terasa seronok bila tiba hari guru..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama08 Mei, 2013

    we need Chinese translation for sjkc
    tq

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA