Isnin, 6 Mei 2013

Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2013

 

Melalui maklumat yang diperoleh dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Keputusan MUET Sesi Mac 2013 akan mula dikeluarkan mulai jam 9.00 pagi hari ini, Isnin 6 Mei 2013. Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2013 ini boleh dibuat melalui SMS dan secara online.

Semakan melalui SMS
  • Taip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888
  • Mulai 12:01 tengah malam, 6 Mei 2013

Semakan online

  • Layari Portal Rasmi MPM di www.mpm.edu.my
  • Mulai jam 9:00 pagi, 6 Mei 2013   

Rayuan Semakan Semula
  • Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran sebanyak RM70.
  • Tarikh tutup rayuan semak semula adalah 14 Mei 2013. Keterangan lanjut boleh diperoleh di Portal Rasmi MPM.

Pendaftaran Sesi Julai 2013
  • Calon yang ingin mengambil semula MUET boleh mendaftar untuk menduduki MUET Sesi Julai 2013 secara online melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/online.
  • Tarikh tutup pendaftaran adalah 13 Mei 2013.

Ps: Tahniah kepada yang berjaya dan usaha lagi buat yang kurang berjaya.


2 ulasan:

  1. assalamualaikum...saya nk tanya klu kita membuat semakan semula ada kemungkinan tak keputusan muet berubah?

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA