Isnin, 28 Januari 2013

Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya

Insyaallah, tidak lama lagi kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai warganegara yang layak untuk memilih wakil rakyat bagi mewakili kita di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Sudahkah anda membuat semakan daftar pemilih? Di manakah pusat mengundi, kawasan parlimen, DUN dan daerah mengundi anda?

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menasihati orang ramai yang telah mendaftar sebagai pemilih supaya menyemak maklumat pendaftaran bagi memudahkan mereka mengundi pada PRU13 nanti.

Semakan oleh pemilih berdaftar boleh dibuat melalui:
  • talian telefon, 
  • laman web,
  • mySMS 15888,
  • menulis surat ke SPR, atau
  • hadir ke ibu pejabat SPR atau pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Semakan melalui talian telefon:
Dail 03-8885 6565 pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Semakan melalui laman web:
1. Semakan daftar pemilih individu
  • Masukkan No. K/P (tanpa "-" atau "space") dan klik SEMAK

2. Semakan daftar pemilih bagi isi rumah
Boleh juga buat semakan lebih daripada seorang seperti untuk diri sendiri, suami/isteri dan anak-anak.
  • Masukkan No. K/P (tanpa "-" atau "space") dan klik SEMAK
  • Jika ada tambahan isi rumah, klik Tambah IC

Semakan melalui SMS: 

Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>[No kad pengenalan] dan hantar ke 15888

P/s: Jangan bertangguh lagi. Semaklah sekarang.


14 ulasan:

  1. Assalamualaikum ibu,dah setahun kut tunggu PRU13 ni. nasib baik sheila tak masuk buat kerja2 PRU13 tahun ni.. malas... dan tak larat nak keluar masuk rumah org :)

    BalasPadam
  2. Dah lama semak... Tapi nak semak gak..tkut de prubahan...

    BalasPadam
  3. xsemak lagi kene mengundi kat mana... thank ingatkan

    BalasPadam
  4. thanks for the reminder ibu... bagus tu untuk ingatan semua orang...selamat mengundi... ^_^

    BalasPadam
  5. Tak semak lagi....Thnks kak kerana mengingatkan...

    BalasPadam
  6. Jomlah Sertai Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1
    Klik Sini !

    BalasPadam
  7. kalau dah pernah mengundi pun nak kena semak jugak ke Ibu.

    BalasPadam
  8. InsyaAllah tak sabar ummi nak mengundi...

    BalasPadam
  9. Ok dah semak kak ibu....

    BalasPadam
  10. dah semak dah..kena balik kampung ni kak..hehe

    BalasPadam
  11. TQSM kak mie...yah blm semak lg.....nk blk mengundi di kelate...

    BalasPadam
  12. Selamat mengundi Sal!

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA