Jumaat, 3 Mei 2013

Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.

Insyaallah tinggal sehari sahaja lagi kita akan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi. Memandangkan semasa membuat Semakan Daftar Pemilih tempoh hari, ibu hanya dapat tahu kawasan parlimen, DUN dan daerah mengundi sahaja, maka sebentar tadi ibu telah membuat semakan sekali lagi untuk mengetahui lokasi mengundi.

Alhamdulillah, kini dahpun tahu lokasi dan saluran mengundi. Hanya sedang berkira-kira bagaimana untuk ke pusat mengundi Ahad nanti. Lepas ni kena tanya adik-adik ibu yang kesemuanya mengundi di sini. Jika mereka juga mengundi di pusat mengundi yang sama, bolehlah buat rombongan cik kiah. 

Bagaimana pula dengan teman-teman semua? Dah buat Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi? Jika belum, jangan tunggu lagi.  

Jika ingin membuat semakan, silalah ke http:/daftarj.spr.gov.my

Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi


6 ulasan:

  1. sudah ibu. saya mengundi di parlimen subang, dun kota damansara. selamat mengundi!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Dh semak dan print.. Insha Allah nak blik kg malam ni...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ibu, heee sheila da semak lama. tak sabar nak mengundi :D

    BalasPadam
  4. Dah semak. Selamat mengundi.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama03 Mei, 2013

    selamat mengundi sis...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA