Siapa pun kita, setinggi manapun pangkat dan darjat kita pasti ada melakukan kesalahan, kekhilafan, dan kealpaan. Yang membezakannya hanyalah kadar kesalahan yang dilakukan, samada berat atau ringan; sering dilakukan ataupun sebaliknya.
Setelah menyedari kesalahan yang dilakukan, hanya maaf yang mampu dipinta dan hanya kemaafan jugalah yang diharapkan. Situasi begini telah menjadi lumrah dalam kehidupan.
Namun begitu, memberi kemaafan setelah disakiti bukanlah perkara mudah untuk dipraktikkan. Ramai yang sudi memaafkan, namun adakah kemaafan yang diberi bersulamkan keikhlasan? Jika benar, mengapa masih ada yang menyimpan dendam di hati sesudah kemaafan diberi?
Terlalu pedih andai dilukai, namun sampai bila kita akan bawa kelukaan itu bersama. Berbaloikah kita menyiksa diri dan merana atas kesalahan dan ketidaksempurnaan orang lain. Hulurkanlah kemaafan kerana hanya itu yang mampu mengubati sebuah kelukaan, lalu memadamkan segala dendam di hati.
Benar, kemaafan menuntut sebuah pengorbanan yang amat mahal harganya. Pengorbanan merobohkan tembok keegoan. Justeru, perbuatan memaafkan kesalahan orang lain telah dijanjikan dengan ganjaran yang begitu besar sekali.
“Tidak ada yang Allah tambahkan untuk hamba-Nya yang memaafkan kecuali tambahan kemuliaan.” (HR. Muslim)
Sesungguhnya, kemaafan bukan menunjukkan kita lemah, sebaliknya hanya orang yang tabah mampu memaafkan.
assalamualaikum ibu, sheila setuju dgn entri ni. kita maafkan org lain, hati lebih tenang dan Allah bagi ganjaran ♥ terima kasih mengingatkan kita semua x)
BalasPadamassalamualaikum ibu, sheila tag lagi dalam satu giveaway ni. jemput join ye
Padamhttp://www.sheilashahfiekry.my/2013/02/giveaway-gempak-bersama-nazlyizan.html
betul...kemaafan mungkin bukanlah sesuatu yang mudah..tetapi bukanlah mustahil ;)
BalasPadamkadang-kadang kalau kita yang memulakan dahulu untuk memohon maaf tidak smstiny mnampilkan diri kita yang bersalah..tetapi kita berjaya merendahkan tembok ego demi memperbaiki sesuatu.. ;)
hehe setuju dgn artikel Ibu ni...kdg2 kita (sy terutamanya) bila maafkan org, dalam hati mesti ada sikit dendam yg masih tersimpan...nampaknya nak kena muhasabah diri balik la....
BalasPadamsecara zahirnya mungkin kita dah cuba memaafkan tapi jauh dilubuk hati pasti ada terselit rasa kurang ikhlas atau dendam lagi2 kalau melibatkan hati dan perasaan...
BalasPadamMemaafkan buat hati jadi tenang..
BalasPadampada sy memaafkan tu mungkin boleh,tp nak melupakan tu susah..:)
BalasPadammemaafkan adalah yg terbaik dlm hidup..
BalasPadammemberi kemaafan mmg 1 perkara yg sukar.. x semua org mampu lakukan.. even diorg ckp "dh lame maafkan, tp parutnya tetap ada".. huhu
BalasPadamselalu maafkan org...buat hati kita tenang..hidup tenteram
BalasPadamalhamdulillah.. saya mudah memaafkan. mungkin saya belum diuji dengan pengkhianatan yang melampau, sahabat mengkhianati sikit2 pernah la.. huhu tp smg kita semua stiasa dikurniakan hati yang mudah memaafkan..
BalasPadamMaafkan aku jika ada yang terkhilaf...
BalasPadam^-^
Yang penting jika kita salah kit aminta maaf..kalau dia tak nak ..terpulang pada dia. Sebab kita dah jalankan tanggungjawab kita...
BalasPadamlebih banyak muhasabah diri...
BalasPadamkemaafan... dendam yang terindah....
BalasPadam