Selasa, 19 Februari 2013

Kemaafan: Dendam yang Terindah


Siapa pun kita, setinggi manapun pangkat dan darjat kita pasti ada melakukan kesalahan, kekhilafan, dan kealpaan. Yang membezakannya hanyalah kadar kesalahan yang dilakukan, samada berat atau ringan; sering dilakukan ataupun sebaliknya.

Setelah menyedari kesalahan yang dilakukan, hanya maaf yang mampu dipinta dan hanya kemaafan jugalah yang diharapkan. Situasi begini telah menjadi lumrah dalam kehidupan.

Namun begitu, memberi kemaafan setelah disakiti bukanlah perkara mudah untuk dipraktikkan. Ramai yang sudi memaafkan, namun adakah kemaafan yang diberi bersulamkan keikhlasan? Jika benar, mengapa masih ada yang menyimpan dendam di hati sesudah kemaafan diberi?

Terlalu pedih andai dilukai, namun sampai bila kita akan bawa kelukaan itu bersama. Berbaloikah kita menyiksa diri dan merana atas kesalahan dan ketidaksempurnaan orang lain. Hulurkanlah kemaafan kerana hanya itu yang mampu mengubati sebuah kelukaan, lalu memadamkan segala dendam di hati.

Benar, kemaafan menuntut sebuah pengorbanan yang amat mahal harganya. Pengorbanan merobohkan tembok keegoan. Justeru, perbuatan memaafkan kesalahan orang lain telah dijanjikan dengan ganjaran yang begitu besar sekali. 

“Tidak ada yang Allah tambahkan untuk hamba-Nya yang memaafkan kecuali tambahan kemuliaan.” (HR. Muslim)

Sesungguhnya, kemaafan bukan menunjukkan kita lemah, sebaliknya hanya orang yang tabah mampu memaafkan.





16 ulasan:

  1. assalamualaikum ibu, sheila setuju dgn entri ni. kita maafkan org lain, hati lebih tenang dan Allah bagi ganjaran ♥ terima kasih mengingatkan kita semua x)

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum ibu, sheila tag lagi dalam satu giveaway ni. jemput join ye
      http://www.sheilashahfiekry.my/2013/02/giveaway-gempak-bersama-nazlyizan.html

      Padam
  2. betul...kemaafan mungkin bukanlah sesuatu yang mudah..tetapi bukanlah mustahil ;)
    kadang-kadang kalau kita yang memulakan dahulu untuk memohon maaf tidak smstiny mnampilkan diri kita yang bersalah..tetapi kita berjaya merendahkan tembok ego demi memperbaiki sesuatu.. ;)

    BalasPadam
  3. hehe setuju dgn artikel Ibu ni...kdg2 kita (sy terutamanya) bila maafkan org, dalam hati mesti ada sikit dendam yg masih tersimpan...nampaknya nak kena muhasabah diri balik la....

    BalasPadam
  4. secara zahirnya mungkin kita dah cuba memaafkan tapi jauh dilubuk hati pasti ada terselit rasa kurang ikhlas atau dendam lagi2 kalau melibatkan hati dan perasaan...

    BalasPadam
  5. Memaafkan buat hati jadi tenang..

    BalasPadam
  6. pada sy memaafkan tu mungkin boleh,tp nak melupakan tu susah..:)

    BalasPadam
  7. memaafkan adalah yg terbaik dlm hidup..

    BalasPadam
  8. memberi kemaafan mmg 1 perkara yg sukar.. x semua org mampu lakukan.. even diorg ckp "dh lame maafkan, tp parutnya tetap ada".. huhu

    BalasPadam
  9. selalu maafkan org...buat hati kita tenang..hidup tenteram

    BalasPadam
  10. betul tu ibu...tapi kekadang bukan mudah untuk memaafkan orang dengan apa yg dia buat kat kita...huhu

    BalasPadam
  11. alhamdulillah.. saya mudah memaafkan. mungkin saya belum diuji dengan pengkhianatan yang melampau, sahabat mengkhianati sikit2 pernah la.. huhu tp smg kita semua stiasa dikurniakan hati yang mudah memaafkan..

    BalasPadam
  12. Maafkan aku jika ada yang terkhilaf...


    ^-^

    BalasPadam
  13. Yang penting jika kita salah kit aminta maaf..kalau dia tak nak ..terpulang pada dia. Sebab kita dah jalankan tanggungjawab kita...

    BalasPadam
  14. lebih banyak muhasabah diri...

    BalasPadam
  15. kemaafan... dendam yang terindah....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA