Ahad, 10 Februari 2013

Hidup Muafakat Umpama Pohon

“Bagai aur dengan tebing.” 

Peribahasa ini bermaksud tolong-menolong antara satu sama lain. Umpama serumpun aur di tebing, aur menumpang pada tebing untuk mendapatkan air manakala tebing pula memerlukan aur supaya tebing tidak mudah terhakis. 

Setiap orang memerlukan orang lain dalam kehidupannya dan tidak boleh memilih hidup bersendirian biarpun Allah telah memberikan kesenangan dan kecukupan kepadanya. Hidup bersendirian bertentangan dengan sifat dan fitrah manusia itu sendiri. Justeru, kehidupan bermasyarakat amat diperlukan untuk kehidupan yang lebih baik. 

Bagi membentuk masyarakat yang harmoni pula, setiap anggota masyarakat haruslah saling menyayangi dan menghormati. Dengan terbentuknya masyarakat sedemikian, maka sudah pasti keamanan dan kedamaian di muka bumi ini akan terjamin. 

Nabi s.a.w. sendiri memberi penekanan betapa pentingnya persaudaraan dan kasih sayang sesama Islam dalam bentuk saling bekerjasama dan tolong-menolong. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah bersabda, Allah s.w.t. menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. 

Perhatikan sebatang pokok yang hidup subur di sekeliling kita. Akar mencari dan menyerap air nun jauh di dalam tanah lalu dihantar ke seluruh tubuh dengan bantuan batangnya, manakala daun dengan tugasnya menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan makanan. Lalu, suburlah si pohon dengan akar yang kuat, batang yang tegap dan dedaun nan menghijau. 

Sesekali ribut menerpa, akar mencengkam tanah dengan tabah sekali, batang pula tetap kukuh berdiri manakala dedaun menahan ribut yang rakus menguji. 

Bayangkan apa yang terjadi andai daun, batang dan akar tidak sehaluan. Akar tidak lagi mencari air, batang pula keberatan mengangkut air, manakala daun tidak lagi menghasilkan makanan. 

Saat angin datang menyapa, biarpun hanya sapaan manja, pokok mula cemas. Manakan tidak, akar tidak lagi kuat mencengkam, batang pula hanya mampu berdiri lemah, manakala dedaun pula sudah mula gugur ke tanah. Apakah yang bakal terjadi?

Begitulah dengan kehidupan kita dalam sesebuah komuniti samada kecil mahupun besar. Jadilah seperti pohon, hidup damai dengan setiap anggota yang saling bekerjasama. 




9 ulasan:

  1. nice entry ibu... love this...^_^

    BalasPadam
  2. berstau kite teguh bercerai kita roboh..hehe

    BalasPadam
  3. Begitu juga di sekolah...jika kita sentiasa bekerjasama dan saling tolong menolong, insyaAllah semua urusan jadi senang....

    BalasPadam
  4. kalau pohon merendang...sesuai buat teduhan...best berkelah bawah pokok..hahaha..mood bercuti,...berpiknit best gak nie...

    hidup kena muafakat baru berkat

    BalasPadam
  5. Ntry yg mEnarik....perlunya kerjasama dalam kehidupan kita...

    BalasPadam
  6. jauhkan segala persengketaan barulah hidup aman dan damai :)

    BalasPadam
  7. sweetnya ...... hidup harmoni aman dan damai...

    BalasPadam
  8. betul tu Ibu...semua kena mainkan peranan masing2...kalau pentingkan diri tumbanglah pokok tu...ni nak kena tanya Hazama bab2 pokok ni...haha

    BalasPadam
  9. penulisan santai tapi penuh mendalam. kita saling memerlukan, saling berperanan, takde istilah hebat sorang2, semuanya atas kerjasama dn pengorbanan bersama.
    Sbgmana hadis Nabi, umat Islam spt satu binaan yang kukuh, slg bergantungan atra 1 sma lain :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA