Sabtu, 20 April 2013

Senarai Calon PRU13

Hari ini, 20 April 2013 adalah hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pusat-pusat penamaan calon kebanyakannya ditetapkan di Pejabat-Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Dewan Orang Ramai dan bangunan sekolah. Proses penamaan calon bermula pukul 9.00 pagi dengan calon menyerahkan kertas pencalonan masing-masing untuk...


Jumaat, 19 April 2013

Minggu Antidadah Berakhir Sudah

Assalamualaikum dan salam ceria. Berakhir sudah Minggu Antidadah peringkat sekolah ibu. Majlis perasmian penutup telah dilsempurnakan oleh Encik Muhammad Faiz bin Mahayudin, Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah PPD Jerantut, semalam.   Nama saja Minggu Antidadah, sebenarnya program berjalan lebih daripada seminggu. Banyak program yang dijalankan...


SAPS: Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online

Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak keputusan peperiksaan anak secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).  Untuk melihat slip keputusan, sila ikuti langkah-langkah berikut: Pergi ke laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk ke menu utama.  Klik Semakan Ibu Bapa.  Masukkan nombor kad pengenalan...


Rabu, 17 April 2013

Kisah Cikgu Penyayang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari berganti hari, namun kesibukan terus melanda. Kesannya, semalam blog ini sepi lagi tanpa entri. Terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman yang masih sudi berkunjung dan meninggalkan komen. Di samping waktu mengajar yang padat, semalam ibu juga menyiapkan Borang Perakuan Calon bagi calon-calon UPSR 2013. Borang...


Isnin, 15 April 2013

Rahsia Alam: Ulam-ulaman

[Google image] Ulam merupakan sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Biasanya ulam dicecah dengan sambal, budu atau cencaluk dan dimakan bersama nasi sebagai pembuka selera.  Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah,...


Terengganu, Kami Datang lagi

  [sumber] Nampaknya Terengganu telah menjadi rumah kedua kami.Tiga minggu lepas kami bercuti Dua Hari di Kuala Terengganu, sempena cuti sekolah sambil menjenguk Along dan Angah. Kelmarin, cuti pertengahan semester Along selama seminggu telahpun berakhir. Cuti semester Angah pula baru bermula. Jadi, kami ke sini lagi dengan dua tujuan; menghantar...


Ahad, 14 April 2013

Maaf dan Sibuk

Assalamualaikum dan salam ceria. Tentu bosan kalau orang asyik minta maaf. Betul tak? Tapi hari ini ibu ingin minta maaf sekali lagi. Maaf kerana tidak sempat balas kunjungan teman-teman yang singgah di sini. Maaf juga ibu pohon kerana tidak sempat balas setiap komen kalian.  Tentu lebih bosan kalau orang asyik beri alasan sibuk. Tapi...


Khamis, 11 April 2013

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang Tahun 2013

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang Tahun 2013  Tarikh: 5 hingga 7 April 2013 Tempat: SMK Seri Tualang dan SK Seri Tualang Objektif Pertandingan Memperkukuh penguasaan bahasa sehingga mampu meneroka kepelbagaian ilmu pengetahuan melalui bahasa Melayu. Memupuk minat terhadap keindahan berbahasa serta mewujudkan keprihatinan...


5 Mei Hari Mengundi

  PUTRAJAYA 10 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai tarikh penamaan calon manakala hari mengundi pada 5 Mei bagi Pilihan Raya Umum Ke-13.  Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam sidang akhbar di sini hari ini turut mengumumkan 30 April sebagai tarikh mengundi awal. - Utusan Online Ps: Moga...


Rabu, 10 April 2013

Wordless Wednesday #11

...


Selasa, 9 April 2013

Cemerlang di MTQ Daerah Jerantut

Khamis minggu lepas, empat orang murid sekolah ibu telah mewakili zon ke Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat daerah Jerantut yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Damak. Mereka menyertai pertandingan Tulisan Jawi, Tilawah al-Quran dan Hafaz al-Quran. Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada keempat-empat mereka yang telah membuktikan kecemerlangan...


Sabtu, 6 April 2013

Mengiringi Anak Didik

Assalamualaikum dan Salam bahagia. Alhamdulillah, sempat juga ibu menghadirkan diri dan mencoretkan sesuatu di sini biarpun telah hampir ke penghujung hari. Rindu akan bicara teman-teman di sini, namun masa terbatas sekali.  Sepanjang minggu ibu sibuk dengan persediaan dua orang anak didik ke Karnival Bahasa Melayu peringkat negeri. Kedua-duanya mewakili...


Jumaat, 5 April 2013

Pesanan Buat Semua

...


Khamis, 4 April 2013

Alhamdulillah, Rezeki Kami Lagi..

Hari ini ibu ingin berkongsi satu lagi khabar gembira. Alhamdulillah, sekolah ibu berjaya lagi kali ini. Perkara ini telah dimaklumkan oleh guru besar beberapa hari lepas.  Kali ini sekolah kami bersama tiga buah sekolah lain terpilih menerima Pensijilan Khas Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar peringkat kebangsaan bagi kategori sekolah rendah....


Terung Pipit

Terung pipit atau Solanum torvum [kredit foto: sini] Kita amat bertuah kerana dianugerahkan pelbagai jenis tumbuhan yang bukan sahaja enak dimakan tetapi juga memiliki khasiat semula jadi yang baik untuk kesihatan. Ada antara tumbuhan-tumbuhan ini telahpun menjadi amalan pemakanan kita, namun tidak kita ketahui khasiatnya. Salah satu daripadanya...


Di Sebalik WW#10

Tasik Sheosar, Pakistan Semasa merayau-rayau di alam maya semalam, ibu terjumpa gambar pemandangan tepian tasik yang amat mendamaikan ini.Terpukau dengan keindahannya, terus ingin dikongsikan bersama teman-teman alam maya. Mungkin ada yang pernah melihatnya, namun tetap ingin diabadikan di sini. Tasik pada ketinggian 4,142m ini kelihatan sangat...


Rabu, 3 April 2013

Pengumuman Pembubaran Parlimen ke-12

Akhirnya, teka-teki tarikh pembubaran parlimen terjawab sudah. Tepat jam 11.30 pagi tadi Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen ke-12 selepas mendapat perkenan SPB YDP Agung.  Ibu tidak berkesempatan menyaksikan Pengumuman Pembubaran Parlimen Malaysia yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen pagi tadi....


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA