Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Datuk Lee Chong Wei gagal dalam misi mengutip pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik setelah tewas 21-15, 10-21 dan 19-21 di tangan pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012 di London semalam.
Tika dan saat ini ramai yang menitiskan air mata.
Bukan kerana kecewa tetapi rasa hiba.
Benar, Datuk Lee Chong Wei gagal menyumbangkan emas buat negara,
namun beliaulah emas sebenar yang telah kita miliki selama ini.
namun beliaulah emas sebenar yang telah kita miliki selama ini.
Datuk Lee Chong Wei telah berjaya mengubah mentaliti lapuk kita selama ini. Kini, kita bukan hanya menghargai kejayaan seseorang, namun turut menghargai usaha mereka.
Tahniah buat Dato' Lee Chong Wei!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.