Ahad, 5 Ogos 2012

Cendawan Goreng Tepung

Cendawan yang ayah belikan semalam masih belum berusik. Kalau tak masak juga hari ni, alamat bermastautinlah dalam tong sampah. Kalau buat sup cendawan, dah tentu ibu dan ayah je yang makan. Anak-anak memang tak pandangpun (maksud ibu tak makan.. kalau dah satu meja, dah tentu terpandang juga kan.. hehe..) 

Sekali lagi selera anak-anak jadi pilihan. Apa lagi kalau bukan Cendawan Goreng Tepung. Berdasarkan pengalaman sendiri, CGT ni nampak mudah nak menyediakannya. Walau bagaimanapun, kalau tak kena gaya CGT tu tak rangup dan ada pula yang berminyak. 

Bermacam-macam resipi ibu dah cuba. Kalau tak berapa rajin, ibu guna je tepung serbaguna. Hari ni, tahap kerajinan agak tinggi. Jadi, inilah hasilnya..

Sebahagian yang ibu goreng selepas berbuka.
Yang lain dah selamat..

Ok lah, jom kita tengok resipinya. Mudah dan ringkas je..

Resipi Cendawan Goreng Tepung

Bahan-bahan:
  • Cendawan tiram (ibu guna cendawan tiram kelabu)
  • 4 sudu tepung gandum
  • 4 sudu tepung beras
  • 4 sudu tepung jagung
  • 1 biji telur
  • serbuk ketumbar
  • serbuk kunyit
  • garam

Cara membuat:
  1. Satukan semua bahan (kecuali cendawan) dan kacau sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Bancuhan kena agak-agak; jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
  3. Celupkan cendawan ke dalam adunan tepung dan goreng di dalam minyak yang cukup panas.
  4. Angkat cendawan setelah berwarna kekuningan.

* Anak-anak suka cicah cendawan goreng ni dengan sos cili tapi ibu lebih suka cicah dengan sambal kicap. 

Tips menggoreng :
  1. Pastikan cendawan betul-betul kering sebelum digoreng.
  2. Jangan rendam cendawan di dalam adunan tepung untuk mengelakkan cendawan menjadi lembik. Ketika hendak menggoreng baru celup dan goreng.
  3. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan cendawan.
  4. Kawal kepanasan minyak sepanjang tempoh menggoreng. Minyak yang kurang panas akan menyebabkan cendawan menyerap minyak dan menjadi lembik setelah diangkat.

* Ibu masukkan sedikit air kapur dalam bancuhan tepung; petua orang-orang tua supaya gorengan lebih rangup. Gunakan kapur makan ye! Jangan guna kapur kasut atau kapur tulis. hehe.. gurau je..  


9 ulasan:

  1. Sedap kak cendawan goreng ni. Sy selalu guna tpg goreng ayam yg segera tu je.. Cendawan tiram feberet maryam :D

    BalasPadam
  2. nasib js xgemar cendawan goreng...kalau idak mau dicari plak arini...hihi

    BalasPadam
  3. sedapnya kak mie, feveret kami jugak tu....

    BalasPadam
  4. heheehhhehe adinda kak ibu ni tak berapa suka cendawan le hehehehe

    BalasPadam
  5. best sangat..kalau rangup walaupun ketika sejuk.boleh cuba petua orang tua hehehe...terimakasih.

    BalasPadam
  6. best sangat..kalau rangup walaupun ketika sejuk.boleh cuba petua orang tua hehehe...terimakasih.

    BalasPadam
  7. Tq kongsi resepi ni

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA