Khamis, 16 Ogos 2012

"Meriahnya Raya Kita.."

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hari ni, kebanyakan sekolah dah mula bercuti termasuklah sekolah ibu. Walau bagaimanapun ada sekolah yang tidak bercuti atas pelbagai alasan. Sebenarnya, tidak semua menyambut gembira cuti berganti yang diumumkan ini. Maklumlah, pengumuman dibuat pada saat-saat akhir sedangkan ramai yang dah buat perancangan lebih awal. Tambahan pula, murid-murid tahun 6 sedang sibuk membuat persediaan untuk menghadapi UPSR. 

Sebelum balik, semua murid berkumpul di dataran perhimpunan untuk mendengar amanat daripada guru besar. Kemudian, diadakan majlis penyampaian duit raya. Memang meriah suasana ketika ini. Dah tentu murid-murid paling seronok sebab misi mengumpul duit raya dah bermula *guru-gurupun seronok tau! Selepas majlis ini, ada juga yang berkumpul di kelas pula untuk menerima duit raya lagi daripada guru kelas masing-masing.

 Guru besar menyerahkan duit raya kepada murid-murid prasekolah.
 
Sebelum itu, murid-murid tahun enam yang baru je selesai menduduki ujian percubaan UPSR berkumpul di kelas untuk menerima kerja rumah. Setiap murid dibekalkan dengan dua set soalan bagi setiap subjek. Bukan tak rasa kesian tapi terpaksa bertindak kejam demi kejayaan mereka. Kalau tidak, alamat raya sakanlah mereka.  Kedengaran suara berkata, "Meriahnya raya kita.." Ibu hanya senyum tanpa kata.

p/s: Angah dahpun balik hari ni. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat berbuka bersama-sama buat kali pertama pada Ramadhan kali ni. 


12 ulasan:

  1. Tanpa Nama17 Ogos, 2012

    mmg meriah raya terutama kalau ada anak2 kecik...riuh rendah itulah penghibur sebenarnya kan...sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul JS..
      Tanpa anak2 tentu kemeriahan beraya kurang terasa

      Padam
  2. hari raya ni,utk anak2 mmg meriah la..mak2 ni meriah juga,cuma x dpt kumpul duit raya je..hehe
    selamat hari raya..maaf zahir batin ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya MA..
      Akak juga mohon maaf jk ada terlanjur bicara

      Padam
  3. Belum raya dah dapat duit raya... :) selamat hari raya, maaf zahir batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Ros..
      Akak juga mohon maaf andai pernah terlanjur berbicara

      Padam
  4. kite terlepas momen ni tahun ni kak salmi sbb dah cuti hehe

    p/s: tq share resepi..suami buat roti aiskrim tu menjadi sungguh same dgn pics kak salmi heheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa UM.. Insyaallah, jika dipanjangkan usia & murah rezeki, tahun depan berpeluang lagi..

      Dah buat ye.. lepas ni tak payah beli lagi.. Buat stok di rumah. Terasa nak makan terus goreng..

      Padam
  5. Selamat Hari Raya Salmi! Maaf kiranya ada terkasar bahasa dan terguris rasa tika saya berbicara di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya, Sweetie. Saya juga mohon maaf andai ada coretan mahupun komen di blog mengguris rasa.

      p/s: Lama menyepi.. sibuk ke?

      Padam
  6. As salam Kak,

    Lama tak menjenguk ke sini... Dikesempatan ini Marya & keluarga ingin mengucapkan salam lebaran... Mohon maaf jika ade salah & silap... Taqabbalallahu minna wa minkum...

    Insya'ALLAH, Marya akan ke udara lg pd 3 Syawal nnt di MHI TV3... Kalau sempat tontonlah ye :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, Marya..
      Insyaallah, harap2 tak terlepas tonton kali ni. Teringin tgk suasana beraya di Peru

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA