Jumaat, 10 Ogos 2012

Wanita & Pohon Semalu


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali... semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran daripada semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


6 ulasan:

  1. ia cukup memberi pengajaran kak ibu....mohon share ye kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Joanna, akak pun ambil orang punya ni..

      Padam
  2. Suka sgt dgn entry ni. Sy syer di FB ya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, Zefa..
      Akak pun copy orang punya.. Memang beri pengajaran buat kita..

      Padam
  3. banyak pengajaran yg kita dpt dari pokok semalu nie.....

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama30 Mei, 2013

    terima kasih, ianya memang banyak memberikan pedoman n pengajaran buat wanita2. mohon share ya, TQ

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA