Khamis, 23 Ogos 2012

Majlis BBQ Santai @ 4 Syawal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam 5 Syawal daripada ibu. Kepada yang sedang berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai tu selamat beraya daripada ibu. Tidak lupa selamat berpuasa kepada yang sedang berpuasa.

Hari ini, masih lagi dengan entri raya. Ibu nak berbicara sikit tentang peristiwa semalam; 4 Syawal 1433H. Tahun ini adalah giliran adik-beradik ibu yang dah berkeluarga beraya di rumah mertua masing-masing. Namun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, tahun ini ibu sekeluarga beraya di rumah sendiri je. 

Tinggallah dua dara ni (adik ke-9 dan 10) beraya bersama
mak dan ayah pada pagi 1 Syawal.

Alhamdulillah, semalam semua adik-beradik ibu selamat berkumpul di rumah mak dan ayah. Apabila 10 keluarga dah berkumpul, tentu kalian dapat bayangkan macam mana suasananya. Mengalahkan majlis kenduri. Itu belum lagi dicampur dengan tetamu yang datang beraya. 

Pada malamnya, kami buat sedikit majlis BBQ. Sebenarnya, acara ni menjadi kebiasaan buat keluarga besar kami apabila dapat berkumpul beramai-ramai. 

 Tiga orang adik ibu; Idah, Lina dan Zila bersama anak buah.

  Seorang lagi adik ibu, Zamaruddin.

 Anak buah; Wawa dan Zafran

Ibu bersama adik; Zila dan Sharina serta anak buah; Amirul Farhan.


P/s: Insyaallah, kami akan berkumpul lagi pada 8 September ini sempena pada majlis pertunangan adik bongsu ibu.



7 ulasan:

  1. cantik manis kak mie ni....wajah yang penuh kelembutan...:)

    BalasPadam
  2. Baca komen Sya ni sambil senyum meleret.. hehe..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum salmi...selamat hari raya salam kenal dr mama...seronoknya beraya sambil berbbqkan...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam mama..
      Alhamdulillah memang seronok dpt kumpul ramai-ramai macam ni.. sambil makan sambil mengenang memori masa kecik2..

      Padam
  4. meriahnya.......tgk gmbar kak mie, brtmbah rasa rindu dihati ini......Selamat hari raya kak mie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya, Yah..
      Rindu juga pd Yah.. Harap2 dapatlah kita berjumpa..

      Padam
  5. Tanpa Nama27 Ogos, 2012

    bestnye dpt berkumpul ramai2 kan sis...famili js jugak kecik je...^^

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA