Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ibu cukup tertarik dengan artikel ini yang disiarkan pada 4 Ogos yang lalu. Dah agak lama entri ni tersimpan dalam draf. Memang terkejut juga apabila membaca tajuknya. Namun, setelah membaca cara penilaian dibuat, ermmmm.. susah juga nak menafikannya.
MALAYSIA TERSENARAI
ANTARA NEGARA PALING BIADAP DI DUNIA
Negara kita Malaysia
melalui perubahan zaman, pembangunan, teknologi, ilmu pengetahuan yang sangat
drastik dalam beberapa tahun kebelakangan. Dari golongan berpendidikan tinggi
masih ada satu yang tidak berubah; perangai dan amalan kita.
Enam tahun lalu,
Reader’s Digest pernah meletakkan negara kita di tangga ke-33 negara paling
biadap di dunia dan tahun ini, sekali lagi Reader’s Digest meletakkan negara
kita Malaysia di tangga ke-33.
Dan melalui rekod
kemalangan jalan raya oleh pihak polis, 20 peratus kemalangan di negara kita
adalah kerana sikap yang biadap di jalan raya. Selain itu, merokok di tempat
larangan merokok, menjawap telefon di dalam pawagam, lambat datang untuk
temu janji, tidak mengamalkan mengucap"terima kasih” dan meninggalkan troli selepas
membeli belah di tempat parkir kereta begitu sahaja.
Persoalan
terakhir daripada kami, siapa membentuk imej negara kita kalau bukan kita?
-sumber
**Memang benarlah pepatah orang-orang tua, "seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit."
betul kot..^^
BalasPadamAkakpun rasa mcm tu.. Tengok jelah kriteria yg dinyatakan tu. Itulah amalan sebahagian drp kita yang memang tak blh dinafikan..
Padamjd meh kita ubah sikap masing-masing kan..
BalasPadamterima kenyataan w.pn pahit..ciri2 diatas tu mmg sering brlaku disekeliling kita...tang bab2 troli tu pn trkdg dh jd rutin camtu....
BalasPadammemang betul apa yang tersenarai, kita perlu terima setiap teguran dan cubalah kita hakiskan sikap itu....
BalasPadamperibahasa ni pun betulkan...."kerana nila setitik rosak susu sebelanga/sebotol hehehehehe"
Tapikan apa-apa header kak ibu salmi memang terserlah keibuan
BalasPadamSetuju juga dengan cara penilaian tu.. itu belum masuk part dalam sistem pengangkutan kita. Susah nak bg org kurang upaya duduk. Semoga ada kesedaran dalam diri masing2
BalasPadam