Ibu nak bertanya sikit kepada semua pengunjung teratak maya ibu ni.. Pernah dengar tentang sambal pede tak? Pernah makan atau pernah rasa? Agak-agaknya, macam manalah rupa sambal pede ni. Pada firasat ibulah, tentu tak ramai yang tahu dan mungkin tak pernah dengarpun tentang sambal pede ni. Oklah, nanti ibu perkenalkan ye..
Sebelum bercerita panjang lebar tentang sambal peda ni, ibu nak rakan-rakan betulkan dulu sebutannya. Sebutan "sambal" tu tak jadi masalah kan? Ibu yakin semua pandai menyebutnya. Yang menjadi masalahnya, bagaimana nak sebut "pede" tu. Sebenarnya, kedua-dua suku kata "pe" dan "de" tu menggunakan e pepet (bukan e taling). Kalau dah ingat-ingat lupa (atau memang dah lupa pun) perbezaan bunyi antara kedua-dua e tu bolehlah rujuk sini.
Untuk pengetahuan rakan-rakan ibu semua, sambal pede ni adalah masakan tradisional yang sangat popular di Jerantut. "Pede" tu adalah panggilan manja bagi budu. Jadi, sambal pede tu dikenali juga dengan sambal budu. Tapi, jangan silap pula ye.. sambal pede ni bukanlah macam sambal budu yang dimakan dengan nasi kerabu tu..
Untuk perhatian, ini bukanlah rupa asli sambal pede. Rupa sebenarnya lebih cun. Yang ini sambal pede versi orang m@#@s. Insyaallah, jika berkesempatan ibu akan tepekkan gambar sambal pede yang comel lote lepas ni ye..
Inilah sambal kesukaan ibu sejak dulu lagi. Antara makanan yang mesti ada dalam hidangan berbuka keluarga ibu berselang hari. Ayah dan anak-anak pun suka. Untuk entri kali ni, ibu tunjukkan gambar je. Insyaallah, ada kelapangan nanti, ibu kongsikan resipinya (banyak pulak janji ibu..)
Inilah sambal kesukaan ibu sejak dulu lagi. Antara makanan yang mesti ada dalam hidangan berbuka keluarga ibu berselang hari. Ayah dan anak-anak pun suka. Untuk entri kali ni, ibu tunjukkan gambar je. Insyaallah, ada kelapangan nanti, ibu kongsikan resipinya (banyak pulak janji ibu..)
p/s: Dalam debaran menunggu pengumuman cuti oleh guru besar. Belum pasti, sekolah ibu cuti atau tak esok..
saya tak pernah dengar , tak pernah rasa
BalasPadamtapi seronok mencuba sesuatu yang baru. Boleh nanti try buat manalah tahu, kena pulak dengan tekak kannn
Insyaallah, kak Es..
PadamNanti kita kongsikan resipinya
tak pernah rasa..first time tau...hehe
BalasPadamMudah je nak masak JS. Nanti bolehlah cuba.
PadamTak pernah dengar. Tp mcm sambal org Melaka suka buat tu je..
BalasPadamLebih kurang resipinya Ros cuma yg ini tambah budu je..
Padamtak pernah dengar... =)
BalasPadamselamat hari raya =)
http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html
Masakan tradisi org Jerantut ni. Orag luar mungkin tak pernah dengar..
PadamSalam ukhwah Cikgu Ma.. Terima kasih sudi follow IB..
Selamat Hari Raya..
Selamat hari raya. Maafkan kesalahan ckLah jika ada...
BalasPadamSelamat Hari raya ckLah.
PadamMaaf juga drp saya..
pertama kali dgr nama sambal ni....
BalasPadamOrang tempat lain mungkin tak pernah dengar tapi mungkin dah pernah makan.. Nama je lain kot..
PadamSalam..
BalasPadamnampak sedap
dimakan tu..
Waalaikumussalam Zulkbo,
PadamBagi saya, memang sedap..
tak pernah tau dan tak pernah dengar.. nanti dah upload gambar meletop jgn lupa sertakan resepi sekali ye kak :)
BalasPadamInsyaallah Syiela.
BalasPadamNanti kita konsikan resipinya.
Salam. Masa zaman kanak-kanak saya pernah merasai masakan pede buatan emak saya. Itu sahaja yg diingat tetapi dah besar ni tidak lg merasainya. Seingat saya daun2 yg dicampur hendaklah dihiris halus.. Bulan pause ni teringin nak merasainya semula..
BalasPadam