Sabtu, 4 Ogos 2012

Puding Roti


Kehadiran roti di dapur ibu menjadi kemestian. Maklumlah, kaum kerabat ramai. Kuat makan pulak tu. Namun, di bulan puasa ni roti dah tak laku. Yang ibu beli kelmarinpun belum luak. Jadi, untuk menyelamatkan roti tu kenalah ibu buat sesuatu. 

Cadangnya, ibu nak buat puding roti. Biasanya ibu buat puding roti karamel. Kali ini nak cuba resipi yang lain daripada yang biasa ibu buat. Kebetulan pagi ni ibu tiada kelas tambahan macam biasa, jadi ibupun cari resepi dari blog-blog masakan. Ibu kongsikan di sini beberapa resepi puding roti. 
  1. Puding Roti Karamel
  2. Puding Roti Berkuah
  3. Puding Roti Sos Kastard
  4. Puding Roti Kukus
  5. Puding Roti Marble Kukus
Bagi rakan-rakan yang sedang memikirkan apa yang nak dibuat sebagai pencuci mulut lepas berbuka nanti, atau bagi yang mengalami situasi seperti yang ibu ceritakan tadi bolehlah cuba resipi-resipi di atas.

Memandangkan cuti tiga ini ibu agak sibuk,  maka masterchef Hanna dan Lina yang akan buatkan puding roti ni. Resipi mana yang menjadi pilihan along dan ude, kita tunggu.....



7 ulasan:

  1. Tanpa Nama04 Ogos, 2012

    samalah sis..js pun ada roti duk tersadai ni ha..maklumlah bln puasa takde sapa nk mkn..hihi..

    tengah fikir nak wat resipi apa ni...hrp2 menjadi le...^^

    BalasPadam
  2. Tak sabar nak tengok hasilnya :)
    Banyaknya resepi... mana satu yg jd pilihan ya ;)

    BalasPadam
  3. saya suka puding roti berkuah.....

    BalasPadam
  4. Bestnya ada masterchef....nanti jgn lupa tunjuk hasilnya ye.

    BalasPadam
  5. bole dicuba ni,sbb stok roti pun byk kat rumah ni..

    BalasPadam
  6. alamak puding roti ek...boleh lah nanti nak cuba ... untug le kak ibu salmi ada anak dara dah besar...mama kalau tunggu sumaiyyah alahai tolong tak sampai 5 minit...ok ye mama adik dah penat...sabar je le

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA