Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ya Allah,
Ramadhan akan berakhir dan akan meninggalkan kami. Oleh itu, berilah masa kepada
kami untuk terus beramal seperti dalam bulan Ramadhan. Kami bersyukur kerana diberi
hidayah dan petunjuk untuk mentaati-Mu dengan ikhlas hati dan beribadat kpd-Mu
mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu.
Ya Allah,
Kami mohon kepada-Mu semoga dipanjangkan umur kami lagi untuk bertemu dengan bulan
Ramadhan pada tahun hadapan supaya dapat kami mengabdikan kepada-Mu.
Ya Allah,
Sekiranya kami tidak sempat bertemu dengan bulan Ramadhan lagi, maka Engkau
ampunkan dosa kami dan masukkan kami ke dalam syurga-Mu.
Ya Allah,
Kami berharap dengan berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia ini, segala amalan kami
Engkau terima dan segala doa kami Engkau makbulkan, Aamiin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.