Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Semasa berkunjung ke blog JemariSuri petang tadi, ibu tertarik dengan entri JS tentang petua meletakkan bawang di hujung pisau untuk mengelakkan kita menangis semasa mengupas bawang.
Selain meletakkan bawang di hujung pisau, ada beberapa lagi petua yang ibu pernah dengar. Antaranya sejukkan pisau terlebih dahulu sebelum mengupas bawang, gunakan
pisau yang tajam, pasang kipas semasa mengupas bawang, gigit batang mancis dan
macam-macam lagi.
Tau tak, mengapa
kita ‘menangis’ semasa mengupas bawang? Asal kupas bawang je, menangis. Asal
potong bawang je menangis. Asal menangis je, bagi alasan kupas bawang hehe.. (ibu tak
pernah buat ye..)
Sebenarnya, semasa
kita mengupas bawang, sel-sel bawang terbuka/koyak lalu membebaskan
kandungannya; asid amino sulfoksida yang membentuk asid sulfenik. Sementara
itu, sejenis enzim yang dulunya terpisah akan bebas bercampur dengan asid
sulfenik dan menghasilkan propanethiol S-oksida, bahan sulfur mudah meruap yang
masuk ke dalam mata kita.
Gas yang terhasil akan bertindak balas dengan air di dalam mata dan menghasilkan asid sulfurik. Mata akan menghasilkan banyak air untuk mencuci asid sulfurik yang terhasil. Sebab itulah kita seolah-olah menangis apabila memotong bawang. (sumber)
Jadi, dah tau puncanya, mudahlah kita cari jalan penyelesaian. Betul tak? Suhu yang rendah akan mengurangkan kadar tindak balas. Jadi, lepas ni cubalah cara di bawah:
1.
Sejukkan bawang di dalam peti
sejuk sebelum memotongnya atau
2.
Potong bawang di dalam air atau di
bawah aliran air
SELAMAT MENCUBA!
woo inilah bukti saintifik kenapa kita menangis waktu potong bawang.hehe..pasnie kena rendam dlm air la ekk
BalasPadamPK, lepas ni bolehlah cuba..
Padamsis dh tau dh...nti lepas ni kena rendam dlm air la kan...hihi
BalasPadamJS, kalau bawang tu banyak bolehlah rendam. Kalau setakat sebiji dua tu tak berbaloi rasanya..
Padamyelah kak mie, yah pn slalu rendam dlm air ttp semua bwg2 tu yah siap2 simpan dalam petiais....
BalasPadamKalau nk kupas byk2 kenalah rendam dulu :) menarik info ni..
BalasPadam