Isnin, 31 Disember 2012

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STAM Tahun 2013

Insyaallah, esok dan lusa, sesi persekolahan 2013 bakal bermula. Berakhir sudah masa untuk bersuka ria dan bersenang-senang buat para pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini. 

Walaupun sesi persekolahan 2013 belum menyingkap tabirnya, namun tarikh peperiksaan telahpun diumumkan. Di sini ibu kongsikan Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STAM Tahun 2013 sebagai rujukan buat para pelajar, guru-guru dan ibu bapa. 


TARIKH PEPERIKSAAN 2013

PEPERIKSAAN
TARIKH
PEPERIKSAAN
TARIKH
PENGUMUMAN
SPM (Ulangan)
11 – 12 Jun 2013

UPSR
10 – 12 September 2013
14 November 2013
PMR
2 – 9 Oktober 2013
23 Disember 2013
STAM
21 – 29 Oktober 2013

SPM
6 November – 5 Disember 2013


Tarikh ini sudah tentu amat penting buat para guru sebagai panduan untuk merancang pelbagai program untuk memastikan para pelajar cukup bersedia menghadapi peperiksaan pada tarikh yang telah ditetapkan. 

Buat anak-anak pelajar pula, buatlah perancangan dari sekarang agar tidak kelam kabut apabila tarikh peperiksaan semakin hampir. Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang jauh-jauh demi mengejar kecemerlangan. Pepatah Arab ada menyebut, "Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu." Insyaallah, berkat perancangan rapi, usaha dan doa kalian, kejayaan cemerlang bakal digenggam.

P/s: Bertangguh itu pencuri masa.


28 ulasan:

  1. alahai,cepatnya SPM.rasa macam tak mau ambik je :"(

    BalasPadam
    Balasan
    1. belajarlah dari sekarang..
      buktikan pada ibubapa,guru2 n rakan2 dgn result terbaik

      USAHA+ DoA +TAWAKAL = KEJAYAAN ^____^ insyaallah!!!

      Padam
  2. terigt masa skolah dulu..huhu

    BalasPadam
  3. wah... bagus info ni ibu pada mereka2 yang nak sit for exam next year... ^_^... on behalf of them...thanks for sharing ibu...

    BalasPadam
  4. dulu sy selalu bertangguh,apalagi bab studi,nak dekat exam baru kalut.huhu

    BalasPadam
  5. tahun ni Qayyum PMR...mama dia yang risau

    BalasPadam
  6. adik saya pon pmr tahun ni.. tapi saya yang risau..

    BalasPadam
  7. "saya pergi ke genting hailand"
    pada cuti ,yang lalu saya dan keluarga pergi ke genting hailand karna abang saya tunang di gombak selepas bertunang saya dan keluarga pergi ke genting hailand kerna
    abang saya tunang pada tahun 8.9.2012 di gombak .saya gembira dapat pergi ke gombak dan genting hailand.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama08 Mac, 2013

    alahaiiii. .awalny exam spm ibuuuuuu.

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama15 Mac, 2013

    ibuuuuuuuu ilove u

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama26 Mac, 2013

    confirm sudahkah ni?

    BalasPadam
  11. saya minta share ye ibu, nanti saya creditkan ^__^

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama07 April, 2013

    apa beza spm ulangan dgn spm?

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama07 April, 2013

    adik saya tahun ni exam spm tp ulangan utk 7 subjek .... so itu maksudnya dlm spm ulangan atau spm?,, sebab adik saya ambil 7 subjek.. dan tarikh peperiksaan utk spm ulangan hanya 2 hari sahaja?.. saya musykil.. boleh jelaskan?

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama07 April, 2013

    boleh reply tak?.. ni FB saya iam ruby / sms 019-3939856.. penting sgt

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama08 April, 2013

    Ush.. Birthday aku 9 oktober nih.. harap2 PMR nnti senang skit ><

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama07 Mei, 2013

    terima kasih ye ibu.. rasa mcm spm dah dekat

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama22 Mei, 2013

    huhuhuhu... lgi 4 bln jeeee nk UPSR..... x pe kite kne berusaha..:)

    BalasPadam
  18. Info bagus nih. Anak sedara dua orang ada exam tahun ni.

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama12 Jun, 2013

    aah... takutnya saya nak upsr ni

    BalasPadam
  20. terima kasih ibu

    BalasPadam
  21. KAWAN-KAWAN UPSR DAH NAK DEKAT.SAYA BAGITAHU NI YANG DARJAH 6 JE.

    BalasPadam
  22. UPSR DAH NAK DEKAT

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama27 Ogos, 2013

    Yang penting study....usaha - berdoa & bertawakkal.

    BalasPadam
  24. informasi yg baik,terima kasih Ibu.. :)

    BalasPadam
  25. terima kasih mengigatkan kami

    BalasPadam

COPYRIGHT 2011 - 2013 © IBU BERBICARA