Sabtu, 29 Disember 2012

Bloglist Setahun Dari ciklaili.com

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Memandangkan petang ini tak ke mana-mana, dapatlah luangkan masa mengadap cik lappy lebih lama. Semasa jalan-jalan ke blog rakan, terjumpa segmen dari ciklaili.com ni. Ciklaili berbesar hati membuka bloglistnya yang akan bertahan selama setahun kepada para blogger. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada blogger mempromosi blog masing-masing di ciklaili.com dan berkenal-kenalan dengan blogger lain. 

Wah, cukup menarik kerana bukan mudah untuk berada di carta bloglist blogger tersohor macam Ciklaili! Lagipun, dengan hanya dua langkah mudah; buat entri dan like fanpage Ciklaili, kita sudah layak menyertai segmen ini. 

Berikut adalah catatan bagi memenuhi syarat menyertai Bloglist Setahun Dari ciklaili.com 

Salam perkenalan daripada saya, penulis tunggal kepada iBu BeRbiCaRa. Saya juga merupakan seorang guru dan telah berkecimpung dalam dunia pendidikan ini selama lebih 20 tahun. Saya mempunyai lima permata hati; tiga puteri dan dua putera. Blog iBu BeRbiCaRa yang dihasilkan dengan tujuan untuk berkongsi cerita dan ilmu ini baru sahaja menyambut ulangtahun pertama pada 8 Disember yang lepas.

Saya amat tertarik dengan entri 15 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak. Sebagai guru, kita tidak dapat lari daripada masalah disiplin para pelajar. Jelas sekali, kesilapan-kesilapan yang Ciklaili senaraikan adalah penyumbang kepada masalah tersebut. Walaupun entri ini sangat ringkas namun secara tidak langsung dapat membantu para ibu bapa menilai cara didikan yang diaplikasikan kepada anak-anak seterusnya memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

Selain itu, entri Earning Nuffnang RM4,404.14 juga amat mengujakan saya. Wah, tidak saya sangka part-time blogger macam Ciklaili mampu memperoleh pendapatan sebanyak itu daripada nuffnang! Bagi saya, pendedahan ini secara tidak langsung meningkatkan motivasi dan membakar semangat para blogger lain termasuk saya sendiri untuk terus menulis dan berkarya di blog masing-masing.

Tentang cadangan penambahbaikan ciklaili.com pula, sejujurnya segan saya untuk berbuat demikian kerana ilmu dan pengalaman dalam dunia blogging ini masih terlalu cetek. Namun, apa kata jika Ciklaili letakkan site info seperti traffic rank, pageview dan page rank di sidebar ciklaili.com.

Akhirnya, terima kasih buat Ciklaili kerana memberi peluang kepada saya untuk bertakhta selama setahun di bloglist ciklaili.com. Moga ciklaili.com akan terus sukses. Buat rakan-rakan blogger lain, Marilah sama-sama kita memeriahkan segmen Ciklaili ini. Klik banner untuk turut serta.

P/s: salam perkenalan buat Ciklaili.
 


18 ulasan:

  1. wow byknya dpt...yah langsung xperduli ttg iklan2 tu...pw pn dh lupa...huhuhu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akakpun tak kisah sangat tentang tu Yah tapi teruja bila tgk org dpt byk mcm tu..

      Padam
  2. wahhh.... selamat bersegmen..

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana sudi join.

    ciklaili.com tak tersohor mana pun. blog cikgu yang biasa2 saja. seronoknya dapat jumpa seorang lagi blogger cikgu.

    selamat kembali bertugas & semoga blog ini akan terus maju di masa akan datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cik laili. Harap2 dpt ikut jejak ciklaili.com hehe..

      Padam
  4. selamat berbloglist kak..bestnye nuffy dia kan kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah Tihara, bestnya dpt banyak macam tu.

      Padam
  5. byk tu pndptan dri nuffnang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyakkan? teruja tengok angka tu..

      Padam
  6. selamat bersegmen ibu...
    banyak earning yang ciklaili dapat...

    BalasPadam
  7. selamat bersegmen ibu

    BalasPadam
  8. selamat bersegmen k....

    mselim3

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA