Selasa, 11 Disember 2012

Gubahan Bunga ♥ Topiari


Salah satu kesukaan ibu adalah mengemas dan menghias rumah. Kalau dah mula mengemas rumah, sanggup ibu tak makan selagi kerja-kerja tu tak siap. Maklumlah kerja-kerja mengemas rumah ni bukan sikit. Lantai, dinding, tingkap dan perabot perlu dikemas dan dibersihkan. Dah tentu semua kerja  ni ibu buat hari cuti. Hari-hari kerja tu kemas juga tapi ala kadar je agar rumah tidak berselerak.

Hiasan rumah pula seperti bunga, sarung kusyen, hiasan dinding, alas meja, doily dan hiasan-hiasan kecil yang lain seboleh-bolehnya ibu akan hasilkan sendiri. Cukup puas andai rumah dapat dihias dengan hasil tangan sendiri. Walaupun penat namun tetap rasa gembira sebab dapat buat sesuatu yang kita suka. Kalau nak lihat antara hasil tangan ibu bolehlah ke Teratak Impian.

Baru-baru ini ibu berjaya menyiapkan gubahan topiari. Sebelum ini ibu pernah buat topiari daripada bunga-bungaan. Namun selepas lebih kurang dua tahun, dah mula rasa jemu. Akhirnya topiari bunga dah bertukar dengan yang ini.. 

Perasan tak warna grass ball yang atas dan bawah tu berbeza. Yang kecil tu dah lama beli manakala yang besar tu baru beli. Apabila dihias bersama, nampak perbezaannya. Tak kisahlah kan... Yang penting ada rupa topiari... hehe.

Pasu yang ibu letakkan topiari tu sudah lebih dua tahun ibu beli. Dah bermacam-macam gubahan bunga bermastautin di dalamnya. Sebelum ini, pasu itu ibu gubah ros putih dan pink seperti di bawah. Sekarang bunga ros dah berpindah tempat
Dalam kenangan..

Akhirnya keinginan untuk menghasilkan gubahan topiari daripada grass ball menjadi kenyataan juga. Walaupun tak secantik yang dijual di kedai-kedai hiasan dalaman tu tapi ibu cukup puas hati dapat menghasilkannya sendiri. 

Ada tak rakan-rakan pengunjung blog ibu ni yang berkongsi minat dengan ibu?




28 ulasan:

  1. Cantiknya...untungkan berbakat buat gubahan. Kalau saya, melopong je lah sbb memang tiada bakat mengubah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Teratai.
      Bakat tu adalah sikit. Minat yang banyak..

      Padam
  2. Wah... pandai ibu hiaskan. kreatif sangat. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih As..
      Bolehlah untuk hias rumah sendiri.

      Padam
  3. cantik.... kreatif..
    mmg untung kn kalau pndai buat gubahan bunga.sy suka dan minat,tp tangan ni tk berseni la..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..
      kena selalu cuba Saly.. Masa mula-mula akak gubah bunga dulu kena cuba banyak kali baru menjadi.

      Padam
  4. cantik! baru tahu nama pokok tu.hehe..kreatiflah ibu ni ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Azhafizah.
      Bolehlah sikit-sikit utk hias rumah sendiri.

      Padam
  5. rajin ibu menggubah ek... leh kawan dengan Mrs.belalang nih.. hehehe

    salam kenal dari belalang hijau perisik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga drp ibu.
      Mrs Belalalng pun suka gubah bunga ye.
      Sesekali kongsikanlah hasil tangannya di blog.

      Padam
  6. cantiknya akak buat...mmng kreatif betul..saya pun suka bunga, tapi biasanya beli yg dah siap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih MP.
      Bolehlah sikit-sikit.
      Kalau beli yang siap tu mahal MP.

      Padam
  7. Terbaik...Rajin betul ibu jaga benda alah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu suka bunga.
      Jadi kenalah rajin buat.. hehe

      Padam
  8. Balasan
    1. Tak adelah rajin sangat normi.
      Cuti sekolah ni adalah sikit masa untuk buat semua tu.
      Lagipun ibu minat dgn bunga ni.

      Padam
  9. cantiknya kak...suka tgk bunga yg kat bawah tue...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga yang di bawah tu dah berpindah tempat lain, CR.. Dah jemu duk dalam pasu yang sama.. hehe

      Padam
  10. Assalamualaikum ibu, sheila minat! tapi belum ada kesempatan nak buat sendiri. ibu kreatif lah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sheila pun minat gubah bunga ye..
      Insyaallah, kalau dah minat tu akan menjadi juga nanti.

      Padam
  11. salam kak mie...sya mmg suka juga topiari ni...teringin nak beli juga satu yg besar mcm ni...tp mahal la plak...kalo buat sendiri susah nak cari bahan2 grass ball tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sya pun minat hiasan gaya inggeris kan.. Dah tentu suka topiari. Sekarang grass ball ni banyak jual Sya.. Macam-macam jenis. Hargapun taklah mahal sangat tapi kalau yg dh siap tu memang mahal.

      Padam
  12. Salam...
    cantik gubahan topiari tu..akak suka sangat..teringin sebenarnya nak buat gubahan topiari macam tu, tapi tak pandai..kat rumah, semua bunga hiasan akak gubah sendiri aja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Azi..
      Berbanding gubahan bunga lain, gubahan topiari ni lebih mudah. Grass ball tu beli yang dah siap je. Cuma kena beli hiasan2 lain spt batang, pelilit, span bunga dan benda seperti batu berlumut utk letak di pangkal topiari tu..

      Padam
  13. kak salmi memang berbakat..sy nie jgn sebut topiari,pasu bunga kosong sebijik pun takde kt rumah nie..mmg takde bakat dlm hias2 rumah nie.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, adalah sikit bakat yg dianugerahkan-Nya.. Yang penting kena minat. Sejak sekolah rendah akak bantu mak buat benda2 ni..

      Padam
  14. ciks
    su suka hias rumah tp tu la agak terhad sbbjenis pindah randah..
    tak sabar nk duduk rumah sendiri..hias laman... ;)

    hihi...ibu mmg berbakat.tgk teratak impian pon dah tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau berpindah-randah susah juga kan?
      Insyaallah dah duduk rumah sendiri nanti bolehlah hias menghias ni..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA