Ahad, 9 Disember 2012

Ibu Berbicara Direview Lagi ~ Terima Kasih Shida!


Selain segmen, ibu juga turut menyertai beberapa giveaway anjuran rakan-rakan blogger. Walaupun hadiah bukanlah tujuan utama menyertai sesuatu giveaway namun pengumuman pemenang adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh peserta. Bukan begitu?  

Salah satu GA yang ibu dah sertai ialah Give Away Dot My yang dianjurkan oleh Blogger Kazen bersama beberapa orang sponsor iaitu AidaOmar, Shida, dan Emas Putih. Antara hadiah yang ditawarkan ialah 3 Domain Dot My untuk pemenang utama dan review blog untuk 15 orang pemenang saguhati. 

Pengumuman pemenang telah pun dibuat oleh penganjur di sini. Alkisahnya, ibulah antara pemenang hadiah saguhati tu. Shida dah pun review blog ibu dalam entrinya di sini

Jom kita tengok apa kata Shida... 

Buat Shida, selamat berkenalan.  Betullah tu.. Dah panggilanpun ibu, tentulah dah berkeluarga. Ibu dahpun ada tiga anak dara tau... Moga ukhwah yang terjalin dapat dipereratkan lagi. 

Kepada rakan-rakan yang belum mengenali Shida apa kata lepas ni terus berkunjung ke Dunia Sebenar Shida. Ibu suka dengan design blog Shida dengan tema birunya yang mendamaikan dan headernya yang simple tapi menarik pada pandangan ibu. Sememangnya ibu suka sesuatu yang simple.  

Buat rakan-rakan yang sedang berkira-kira nak ubah design blog, bolehlah bisik-bisik dengan Shida. Cantik hasil kreativiti Shida ni tau.. Buat Shida, terima kasih. Jangan jemu untuk berkunjung ke sini lagi.

p/s: Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga mengunjungi semua peserta Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com


20 ulasan:

  1. Pasti lepas ini akan bertambah kenalan maya. Tahniah. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga begitulah Kakcik. Terima kasih

      Padam
  2. tahniah sis...moga bertambah2 lagi teman...^^

    BalasPadam
  3. Bestnya direview~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka2.. sangat berterima kasih kpd yg sudi mereview

      Padam
  4. BUI SGGH DR BLOG SHIDA..SELAMAT BERKENALAN..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan Bui. Ibu pun dah ke blog Bui.

      Padam
  5. Tahniah Sis..bestnya direview ^_^

    BalasPadam
  6. semakin bertambah kenalanlah kak salmi..:)

    BalasPadam
  7. semakin popular lah ibu sekarang nie... tahniah!

    BalasPadam
  8. bestnya kak ibu diriview selalu

    BalasPadam
  9. tahniah .. yana pon join. tp tak menang..hehhh

    BalasPadam
  10. assalamualaikum ibu, taniah ye :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA