Ahad, 30 Disember 2012

Pokok Leletup / Passiflora foetida / Stinking Passionflower

Petang semalam semasa jenguk ke belakang rumah, ternampak pokok leletup yang melilit pagar rumah jiran. Rumah jiran ibu ni dah agak lama tidak berpenghuni. Jadi, nampak agak terbiar.

Sudah berpuluh tahun ibu tak melihat pokok ini. Kali akhir rasanya sebelum keluarga ibu berpindah ke bandar lebih dua puluh tahun yang lalu. Terkejut juga ibu sebab dapat melihat pokok ini di kawasan bandar.

Pokok leletup ini adalah sejenis tumbuhan menjalar. Pantang jumpa pagar, terus memanjat menggunakan sulur paut. Rasanya pokok ini dipanggil leletup disebabkan sifat buahnya yang akan meletup setelah matang dan melepaskan bijinya ke persekitaran untuk pembiakan.

Melihat pokok leletup, terus aje terkenang zaman kanak-kanak ibu. Dulu ibu tinggal di kampung dan pokok leletup ini tumbuh meliar sepanjang jalan ke kedai yang jaraknya lebih kurang 100 meter dari rumah. Jika melalui jalan tersebut, sudah pasti beberapa biji buah leletup menjadi santapan ibu.

Paling ibu suka makan buah ini adalah ketika berjalan kaki pulang dari sekolah yang jaraknya hampir 5 kilometer dari rumah. Buah leletup yang masam masam manis dan juicy inilah yang membasahi tekak ibu dan rakan-rakan yang kehausan berjalan di bawah terik mentari. Jadi, pokok leletup ini tidak asing bagi ibu malah aromanya yang agak keras dan rasa buahnya yang masam masam manis masih terasa di tekak ibu. 

Buah yang masih muda berwarna hijau. Apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan struktur berserabut di sekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering.

Isinya seperti buah markisa, masam masam manis dan mengandungi jus yang kaya dengan vitamin C.



Bunga leletup juga sangat cantik.





Pucuk dan bunganya boleh dicelur dan dijadikan ulam. Rasanya lemak lemak dan sedap dimakan dengan sambal belacan. Selain itu, pucuknya yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain juga enak dimasak sayur air.


Sempat juga ibu cari maklumat tentang pokok leletup atau letup-letup ini. Tidak sangka rupa-rupanya leletup ini juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Tumbuhan ini  sesuai untuk merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk.

Bagi merawat gatal-gatal kulit, beberapa batang pokok leletup diperlukan. Seluruh pokok termasuk akarnya sekali dibersihkan lalu direbus sehingga mendidih. Setelah suam, airnya digunakan sebagai air basuhan. Bagi merawat batuk pula, cara yang sama digunakan cuma air rebusannya diminum setelah suam. Untuk merawat luka, beberapa helai daun dilumatkan lalu dipupuk pada bahagian yang luka. l sumber

Tak sangka, rupa-rupanya pokok yang tumbuh meliar ini mempunyai nilai yang tinggi dari sudut perubatan herba.

Kredit: Google image


30 ulasan:

  1. Saya rasa sedap lagi ini kot daripada markisa..Saya makan sebab dulu mak saya kata boleh makan tapi tak tahu ada banyak kahsiat rupanya..kalau orang tahu anggap pokok yang tak nilai je. terima kasih share kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Aini, tak ramai yg tahu khasiatnya.

      Padam
    2. Tanpa Nama13 Mei, 2015

      mcm mana nk buat latihan ni

      Padam
  2. Baru tahu.Pokok ni kalo jumpa memang wajib ditebas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah tahu. Lain kali jangan tebang sampai habis. hehe

      Padam
  3. sy panggil pokok ulat bulu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Normi, sesetengah orang panggil buah ulat bulu..

      Padam
  4. masa kecik dulu suka petik n makan buah letup2 tu..sekarang ni susah la nak jumpa pokok tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang akak tak sangka. Boleh tumbuh di tengah bandar. Dapat juga anak2 kenal..

      Padam
  5. tak pernah jumpa.... tapi, memang betul. kadang-kadang, disebabkan tiada ilmu, kita anggap sesuatu macam tu aje... rupanya, ada nilai. itulah yang selalu terjadi dekat pokok herba. tak kenal kak.... kalo sawi ke, carrot ke, kenal la :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak jumpa pokok ni tapi kalau di kampung2 masih banyak kot. Akakpun baru tahu khasiatnya..

      Padam
  6. eh, buah letup ni boleh dimakan ke ?
    teringat masa zaman kanak-kanak, miza selalu main masak-masak guna buah letup. tak sangka pulak boleh dimakan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang Miza tak pernah makan. Sedap tau. Lain kalau jumpa bolehlah rasa.

      Padam
  7. Cantik bunga letup-letup ni.

    Kami di Terengganu panggil bunga ni bunga ulat bulu, mungkin sebab dia berbulu.

    Kak ani pun tak ketinggal bermain dengan pokok ulat bulu ni dan merasa masam manis isinya. Dulu2 tak ada pulak kita dengar orang mati kerana termakan racun bila makan-makan buah2 begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak Ani. Cantik bunganya, rasanyapun sedap. Sekarang dah susah nak jumpa pokok ni. Budak2 sekarang mungkin dah tak kenal pokok ni

      Padam
  8. buah zaman kecik2 dulu..masa tu mknn kurang..
    makan la benda2 mcm ni..tah2 byk khasiat kan kak salmi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak khasiatnya Tihara. Kita je yang tak tahu.

      Padam
  9. Sal, saya panggil pokok ni mentimun katak... masa kecik-kecik dulu saya suka makan buahnya tu... tapi tak tahu pulak rupa2nya pokok ni banyak khasiatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh, ada yg panggil mentimun katak ye. kalau macam tu, banyaklah panggilan utk pokok ini. Ada juga yang panggil pokok ulat bulu. Sayapun baru tahu khasiatnya.

      Padam
  10. xpernah jumpa pokok ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di bandar memang susah nak jumpa, Noen..

      Padam
  11. sayapun panggil pokok ulat bulu..pucuknya sedap buat masak lemak..masuk dalam bubur lambuk Terengganu bun best ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru saya tahu ada yg masak lemah juga..

      Padam
  12. dah lama rasanya tak tengok pokok ni... tak tahu pula pokon ni banyak khasiatnya...

    BalasPadam
  13. kecik2 dulu sellau jugak nmpk pokok leletup..skang mmg seakan pupus ditelan zaman..:)

    tak sgka boleh buat ulam n sayur,pastu bagus utk perubatan..sy cum tahu yg buahnya boleh dimakan

    BalasPadam
  14. salam,
    nama saya mansoorah.

    Dulu arwah nenek saya ada penyakit kencing manis. ada luka di kaki tak sembuh2 dan semakin teruk. ada orang kampung bagi petua sapukan dengan daun leletup (kami panggil daun ambu-ambu). satu keajaiban tak sampai sebulan luka dah sembuh dengan cantik sekali malah kelihatan seperti bahagian yang luka tu ditutup semula dengan kulit yang baru.tapi sekarang pokok ni susah sangat nak cari apa lagi di kawasan bandar. mujurlah semalam saya pergi klinik tak sangka ada pula tumbuhan tu memanjat pagar walaupun di tepi jalan utama laluan kenderaan. ada petik beberapa helai nak rawat gatal-gatal kulit. insyaAllah nanti sya follow up kalau ada kesan positif. mana tau bole buat kajian jadikan satu produk business yang terbukti keberkesanannya! InsyaAllah, Amin.

    barahinahmadi.blogspot.com

    BalasPadam
  15. Tak sangka pokok yang menjalar di belakang rumah saya mempunyai khasiat...

    BalasPadam
  16. Rasa gembira kerana pokok ini tumbuh segar di belakang rumah saya...

    BalasPadam
  17. Tak sangka pokok yang menjalar di belakang rumah saya mempunyai khasiat...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA