Isnin, 10 Disember 2012

Ulam Tenggek Burung a.k.a Cabang Tiga


Masih ingat tak lagi cerita ibu tentang Sambal Biji Getah a.k.a Sambal Rong? Seperti yang ibu jangkakan, memang ramai yang tidak tahu bahawa biji getah boleh dimakan. Walau bagaimanapun, hari ini ibu bukanlah nak berbicara pasal biji getah lagi tetapi ingin berbicara tentang ulam Tenggek Burung yang ibu nyatakan dalam entri tersebut. Ibu ada beritahu yang sambal rong tu ibu makan dengan Tenggek Burung.

Bicara ibu kali ini sebenarnya untuk menjawab pertanyaan Nieyxzha Hassan tentang ulam Tenggek Burung. 
Untuk pengetahuan Nieyxzha, Tenggek Burung ini adalah sejenis tumbuhan renek yang pucuknya boleh dibuat ulam. Pokok ini tumbuh meliar di tebing-tebing sungai dan di tepi sawah padi. Kata orang-orang tua, pokok ini diberi nama Tenggek Burung kerana burung-burung suka bertenggek di atas pokok ini untuk makan buahnya.

Waktu tinggal di kampung dulu, hari Sabtu atau Ahad ibu bersama emak dan adik-adik akan mengutip pucuk paku di tebing sungai berhampiran rumah ibu. Sambil tu, petik juga pucuk Tenggek Burung ni untuk dibuat ulam. Sekarang tak perlu lagi bersusah payah, beli aje di pasar.

Pokok tenggek burung

Dipercayai pucuk Tenggek Burung ini dapat mengecutkan rahim bagi wanita yang baru melahirkan. Selain itu, ia juga dikatakan boleh menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan aliran darah. Banyak lagi khasiat Tenggek Burung ini terutamanya kepada kaum lelaki. Kalau nak tahu, bolehlah tanya en. google ye.. 

Di sesetengah tempat, Tenggek Burung ini dikenali juga sebagai Cabang Tiga, Tapak Itik ataupun Kiandang. Bau pucuk tenggek burung ini agak wangi dan rasanya sedikit kelat. Selain itu, pucuk Tenggek Burung ini juga rangup.  

Pucuk ini enak dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan. Ibu pula suka cecah dengan sambal budu atau sambal tempoyak. Makan dengan sambal rong pun sedap. Tenggek Burung ini juga amat digemari sebagai ramuan nasi tradisi seperti nasi ulam mahupun nasi kerabu.

Ibu cuba juga cari kalau-kalau ada kajian saintifik yang dijalankan terhadap pokok ini tetapi tidak berjumpa. Jika kajian dijalankan ke atas pokok ini, mungkin lebih banyak khasiatnya akan ditemui.

Kredit: Google image


25 ulasan:

  1. tak mkn ulam2 .. tgk mak ngn ayah mkn jerk ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yana, kata 0rg2 tua makan ulam ni awet muda..
      Sayanglah kalau tak makan..

      Padam
  2. Oo..nieza pernah makan..tp kitaorg kat ganu ni panggil lain rasenye :)

    Thanks sbb sudi jawab pertanyaan nieza..glamer jap..hehehe ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain tempat lain namanya, Nieyxzha..

      Padam
  3. umah iman..mak cik suke beno ngambek.iman jgn ckp la xlalu nk mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena belajar makan ni. Banyak khasiatnya..

      Padam
  4. kena belajar ngan akak nih nama2 pokok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak bukanlah tahu sangat. Biasa dgn pokok2 ulam ni masa tinggal di kampung dulu.

      Padam
  5. tengok macam sedap jer kak mie...sya ni penggemar ulam...:)

    BalasPadam
  6. tak tahu tapi sekarang dah tahu.tk penah makan
    tenq akak:D

    selamat petang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang tak makan. Banyak khasiatnya ni..

      Padam
  7. hehe unik nama die.. burung suke tenggek kat pokok die ke ?

    mar suke makan ulam ! sodaap makan ngn smbal boleh mkn tnpa henti :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mar.. Kalau makan ulam + sambal pasti bertambah2 nasi.

      Padam
  8. macam pernah makan jer ulam ni...tapi macam lain jer nama...

    BalasPadam
  9. ulam tenggek burung ni memang favourite fiza kak..hehe

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum ibu, sheila teringin nak rasa. nanti balik kampung suami sheila tanya mak mertua. kut2 ada kat situ bolehlah merasa. hehehehe

    BalasPadam
  11. salam, kte dtg follow sini,

    http://cyidasite.blogspot.com/2012/12/segmen-tambah-follower-banyak-banyak.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Syida.
      Ibu dahpun ke blog Syida & follow Syida.

      Padam
  12. ulam ni feveret yah...sedap cz ada rasa lemak2...baru tau ada nama lain selain dr tenggek burung....TQSM 4 info..

    BalasPadam
  13. sedap tenggek burung nie..saya peminat tegar...namun nak cari pokok buah tanam kat rumah belum tercapat hasrat di hati

    BalasPadam
  14. abd aziz bin saaid16 Jun, 2013

    baik untok semua

    BalasPadam
  15. baru hari ni saya cuba ulam tenggek burung ni
    rasanya unik :)
    nyesal x tahu dr dulu
    igt nak tanam la nanti

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama03 Jun, 2015

    duk cari pokok ni tak jupo lagi,katner nak dpt pokok ni/

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA