Rabu, 28 November 2012

Tempat Ketiga Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Kebangsaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Satu lagi cerita basi daripada tuan tanah. Maaf lah ye.. Dah lebih sebulan berlalu baru terhegeh-hegeh nak cerita. huhu.. Ini cerita tentang satu lagi kejayaan sekolah ibu. Cerita ni tersimpan lama sebab tak ada gambar nak disertakan sekali. Maklum ajelah, cerita tanpa gambar memang tak seronok dibaca. Betul tak? 

Al kisahnya, pada 21-23 Oktober yang lepas pasukan kalam jamaie sekolah ibu telah mewakili negeri Pahang ke pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Alhamdulillah, sekolah ibu mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tempat pertama dimenangi oleh pasukan dari negeri Terengganu manakala tempat kedua digondol oleh pasukan tuan rumah, Johor.

Opss.. bagi yang belum tahu, sebenarnya kalam jamaie ini adalah pertandingan coral speaking dalam bahasa Arab. 
 
Persembahan pada majlis kesyukuran panitia Pendidikan Islam dan j-QAF sebelum cuti sekolah baru-baru ini. Pasukan sekolah ibu ni disertai oleh murid-murid tahun empat. Kejayaan mereka merupakan kejutan buat warga sekolah kerana pertama kali berjaya ke peringkat kebangsaan.

Jom kita saksikan persembahan pasukan dari negeri Terengganu yang menjadi johan dalam pertandingan tersebut.


Kredit: YouTube

Terengganu diwakili oleh Pasukan Ar-Raudhah SK Tengku Mahmud (SBT), Besut, Terengganu.

p/s: Moga 2013 menjanji kejayaan yang lebih cemerlang buat sekolah ibu.


18 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. tahniah bu.. hehe. semoga tahun 2013 nanti dapat juara pula. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. moga menjadi kenyataan
      Terima kasih Maria..

      Padam
  2. Alhamdulillah..tahniah buat semua..=)

    patot mcm pernah dgr kalam jamaie..
    choral speaking rupanya..

    BalasPadam
  3. alhmdulillah..tahniah utk utk semua...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah... tahniah buat sekolah ibu... ^_^
    coral speaking dalam bahasa Arab rupanya...

    BalasPadam
  5. Ooh tak pernah dengar lagi coral speaking dalam bahasa Arab, masa ummi dulu2, BI aje ada. Bagus kan kalau dapat berbahasa Arab ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertandingan ni wujud sejak adanya j-Qaf di sekolah..

      Padam
  6. alhamdulillah.. tahniah pada semua yang menang.. :) insyaAllah, tahun depan utk skolah ibu pula..

    BalasPadam
  7. Tahniah, wah buka calang2 ni. Peringkat kebangsaan tuu.. :D

    BalasPadam
  8. salam..maaf..ape tajuk kalam jamaie ni..?

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2014 © IBU BERBICARA