Selasa, 20 November 2012

Mengisi Perjalanan yang Semakin Pendek


Telah beberapa hari kita meninggalkan tahun 1433H. Tidak terasa hari demi hari, minggu demi minggu malah bulan demi bulan berlalu hingga tempoh setahun telahpun berakhir. Ahhh.. terlalu cepat waktu berdetik.

Namun dalam pergerakan masa yang semakin pantas, pernahkah kita terfikir bahawa perjalanan kita di dunia yang fana ini sudah semakin pendek? Bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan abadi yang semakin menghampiri?


Rasulullah SAW telah meninggalkan pesanan yang amat bernilai buat kita sebagai umatnya. Baginda bersabda:  
“Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu Naim).
Sebagai umat Islam kita perlulah menitikberatkan empat perkara tersebut dalam meraih keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus bernafas, marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmat usia dengan sebaik-baiknya. Bersegeralah melakukan kebaikan kerana kita tidak tahu apakah masih ada esok untuk kita. 





4 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA